salam 2017!
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru..macam mana korang semua? mesti awal tahun bz menguruskan anak sekolah kan? Kak Bee tahun ni 2 anak2 masuk sekolah. Kakak Wiya darjah 2, dan masukkan adik kecik sekolah tadika untuk dia belajar berkawan dan kenal persekitaran sekolah. Memang mencabar nak train Luqman bangun awal..hehee mencabar macam nak masukkan Kakak Wiya sekolah tadika dulu. Ada satu petua Kak Bee dapat untuk mudah bangunkan anak and of course less drama kan!
Kak Bee setuju sangat dengan petua ni. Anak2 perempuan memang suka kan kata2 manis, lembut penuh pujuk rayu (haha!), macam tu lah Kak Bee kejut Wiya. Luqman pulak suka kalau kite kejut, layan dia dulu, main2 dulu..selalu Kak Bee serah kat papa dia yang kejut Luqman sebab al maklum mak2 bz nak sediakan keperluan pagi tak banyak masa nak main2 kejut pujuk semua ni hehee..Pagi tadi papa bangunkan dengan macam ni, alhamdulillah, mandi pagi tanpa drama dan tanpa mandi sambil tidurrr heheheee
Lagi satu, pastikan anak2 tidur awal malam tu supaya senang bangun. Macam tahun lepas, kami praktikkan lepas isyak if tak de homework dan ulangkaji, sebelom pukul 9.30malam mesti dah tidur. Inshaallah tahun ni dah praktikkan semula, Kakak Wiya mudah aje tidur, adik Luqman sahaja yang mencabar, tapi jam 9 malan tu dah gelapkan bilik, kasi mood tidur datang, dan dah masuk ke fasa bedtime stori, opkos by papa sebab mama tugas malam ialah iron baju2 dan sediakan semua barang untuk esok pagi supaya tak mencari2 dan kelam kabut :)
apa pon, moga semua usaha kita di mudahkan Allah dan moga anak2 seronok ke sekolah!
kakak dan adik dah sekolah! hoyehhh alhamdulillah moga jadi anak soleh musleh dan cemerlang dunia akhirat..aminnn |
jom share apa tips korang kejut anak2 setiap pagi?