Assalamualaikum..
Kisah success story hari ni saya nak share kisah anak buah saya, leader saya yang pertama iaitu Aishah Rahim. Beliau ni sangat glamer as blogger. Bagaimana dari penggemar vitamin yang beri kesan pada kesihatan akhirnya mengubah hidupnya dan keluarga lebih berjaya dalam Shaklee, jom kita baca cerita beliau.
cerita yang beliau tulis ni tahun 2012..cerita lama..tapi moga jadi pembakar semangat orang lain untuk bermula. Permulaan yang susah tak semestinya akhirnya susah. Jom baca cerita beliau. Dari susah perit kepada kejayaan hari ini.
Cerita Aishah
Saya mula bersama Shaklee sejak 2010. Waktu, saya bersalinkan anak kedua dan menghadapi masalah susu merundum. Saya jumpa blog MamaFaiz dan message beliau untuk tanya lebih lanjut. Tak sampai 5 minit, Kak Cery get back to me by call. Saya ingat lagi, cara Kak Cery approach saya. Memang baik sangat. Terus rasa jatuh hati kat Shaklee. :)
Kemudian saya mengandung anak ketiga dan bersalin. Saya beli set berpantang dengan Kak Cery. Bila dah habis set berpantang, saya sambung ke set BF pulak. Sampailah ke suatu hari, saya nak COD area JB dan Kak Cery bagi contact Kak Beeha Yunos Shaklee.
Sampailah satu hari ada rezeki lebih sikit, saya beli full pack set BF. Dalam masa yang sama, saya cuba Vitamin E. Saya belikan Omega dan Ostematrix untuk Emak. Lama-lama, saya makin jatuh cinta. Setiap hari akan Whatsapp dengan Kak Bee nak tanya produk itu produk ini. Kawan-kawan pon saya suggestkan pada Kak Bee. Saya nak mereka rasa seronok macam apa yang saya rasa. Rasa sihat, segar, happy. :))
Mula jadi ahli
One fine day, Kak Bee tanya saya, nak jadi ahli tak? Kalau tak mahu buat bisnes pon takpe. Saya boleh beli untuk diri sendiri. Kalau ada rezeki, mungkin boleh tambah pendapatan. Masa ni memang saya keliru. Saya nak tapi saya TAKUT. Saya tak berani sebab saya fikir saya tak pandai bercakap. Saya tak tahu nak jawab kalau orang tanya. Saya akan gagap kalau orang soal banyak-banyak. Saya SMS suami dan tanya. He said, why not give it a try. Kalau tak boleh, stop. Saya telefon Emak, Emak pon cakap benda yang sama.
Kawan-kawan, saya tak malu nak cerita yang gaji saya cuma RM375 selepas tolak duit duduk kuarters. Tolak duit BS anak, RM250 so gaji saya tinggal berapa? Setiap hari pergi kerja, saya macam budak sekolah yang Ayahnya akan bagi duit belanja. Cuma bezanya yang bagi kali ni suami saya. Kadang-kadang sampai hujung bulan, saya sendiri malu nak amik duit dari suami sebab saya tahu dia sendiri tahan perut kat tempat kerja. Anak-anak nak kena belikan pampers. Nashriq menyusu susu formula. Nasib baik jugak Najah menyusu badan. Tapi saya perlukan supplement untuk maintain susu badan saya sendiri. Supplement tu nak pakai duit jugak. Kan?
So dengan beraninya, saya accept je tawaran dari Kak Bee. Saya tak tahu apa-apa. Yang saya tahu, saya nak tambah pendapatan keluarga. Saya tak nak bebankan suami saya. Saya tak mahu bila tiba pampers anak dah habis, saya kena pergi Tabung Haji korek simpanan. Tak mahu. Saya dah penat nak hadap semua tu.
Tak dinafikan, perasaan TAKUT tu memang susah nak lawan. Sampaikan saya beranikan diri PM Kak Cery sebab nak semangat dari beliau. Banyak sangat semangat yang Kak Cery bagi sampai saya rasa, "Yes, this is the time. Inilah masanya untuk aku ubah hidup aku."
Untuk permulaan, saya cuma sharing je pengalaman saya sendiri as pengguna Shaklee kat blog. Apa yang saya makan? Apa yang saya rasa? Kegunaan satu-satu supplement yang saya makan tu. Semua saya cerita. Fakta mana yang saya tak tahu, saya rujuk blog Kak Cery dan Kak Bee. The first 2 weeks memang payah. Saya rasa macam syok sendiri. Update blog tapi tak ada orang komen. Saya rasa kawan-kawan blog saya menghilang. Rasa macam dah tak ada orang baca blog saya. :)
Tapi telahan saya silap bila setiap hari, tak banyak mesti seorang akan PM tanya mengenai produk. Baik dari kawan blog, hinggalah kepada pembaca yang kebetulan google dan termasuk dalam blog saya. Masa tu memang gelabah habis sebab tak tahu nak jawab apa. Setiap hari akan ada coaching dengan Kak Bee macam mana nak jawab soalan customer. Sampaikan satu hari saya minta Kak Bee 'berlakon' jadi customer saya dan saya kena terangkan supplement apa yang sesuai sekian sekian.
HAHAHAHA. Saya ingat lagi bila Kak Bee berlakon dan dia tengah cari supplement untuk resdung, allergic dan asthma. Saya tak tahu nak cari kat mana! Bila saya dah jumpa, 'customer' saya tu tanya harga pulak! Gelabah ayam saya nak bukak bisnes kit pastu cari price list. Alhamdulillah, sekarang ni ada jugak harga-harga supplement yang dah melekat dalam kepala. Customer tanya, boleh terus jawab. :)
Permulaan bisnes saya memang kelam kabut. Saya tak pandai bawa kereta. Saya order barang dari Shaklee dan minta mereka pos ke saya dahulu barulah saya pos kembali ke customer. Kalau saya order hari Isnin, hari Selasa baru dapat ke saya. Hari Selasa petang baru nak pos ke customer dan hari Rabu baru sampai kat tangan customer. Makan 2-3 hari kat situ je. Bila nak pos pon jadi masalah jugak. Saya kena naik teksi dan pergi ke Pusat PosLaju Larkin yang makan RM15 sekali perjalanan. Memang tak berbaloi bila fikirkan balik. Tapi bila customer mula beri respon positif, hati saya jadi suka sangat! Saya gembira. Saya tahu, yang saya dah bantu seseorang.
Oh ya. Disamping buat bisnes, Shaklee ni menjadikan saya seseorang yang lain. Dari seorang yang hanya menulis di blog tentang dunianya sendiri, sekarang saya dah jadi peramah dan bercakap banyak. Saya happy bila saya dapat jawab email customer panjang lebar. Saya happy bila customer suka baca celoteh saya. Saya tak jemu nak balas SMS customer sampai 4-5 msg panjangnya. Entahlah. Saya pon pelik. Tapi saya perasan yang saya memang suka menerangkan sesuatu dengan panjang lebar terutama sekali tentang Shaklee. Tak caya, baca post ni pon dah tahu. Hehehe.
Day by day, saya rasa happy. Saya perasan yang saya tak minta suami pon untuk beli pampers anak waktu hujung bulan haritu. Saya guna duit saya sendiri. Tapi mana datang duitnya? Duit gaji dah lama habis. Alhamdulillah dengan Shaklee lah tu saya dapat extra duit tu
Closing end of May, saya dapat 617uv dalam masa 2 minggu. Bonus yang saya dapat middle of June adalah RM215. Siapa nak bagi? Di pertengahan bulan? Waktu pampers anak saya memang hampir nak habis. Waktu susu anak dah tak ada stok. ALHAMDULILLAH.
Bila tiba bulan Jun, saya set target baru. Tinggi sikit dari bulan Mei. Saya sharing je kat blog cerita tentang Shaklee. Mana-mana customer yang dah beri feed back, saya kongsikan di blog. Memang seronok bila setiap hari ada je orang PM tanya produk. Saya seronok sharing. Saya seronok dapat expresskan apa yang saya rasa.
Alhamdulillah, target bulan Jun melepasi sasaran. Insya-Allah, bonus saya dari Shaklee bulan ni dah masuk 4 angka. Lebih dari gaji bersih kerja hakiki saya sendiri. Saya syukur sangat sebab saya tak pernah terfikir boleh buat bisnes macam ni. Tak sangka jugak yang baru 1 bulan lebih join Shaklee, saya dah dapat naik jadi SUP. Terima kasih pada Kak Bee yang tak jemu-jemu bagi kata-kata semangat.
Saya tahu saya berada di track yang betul. Saya punya terlalu banyak impian. Saya nak capai kesemua impian saya. Saya nak jadi manusia yang bebas hutang. Saya nak clearkan slip gaji saya. Saya nak beli rumah dan tak mahu duduk kuarters lagi. Saya nak lihat slip gaji saya back to normal. Saya tak mahu ada masalah kewangan lagi. Saya nak beri kesenangan pada keluarga dan Emak saya. Saya nak bawa Emak ke Tanah Suci Mekah. Saya nak hantar anak-anak saya ke sekolah Sri Johor. Terlalu banyak impian saya. Terlalu banyak. :)
More to come. Insya-Allah. :))
Panjang sangat kan? Hahaha. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak ceritakan. Insya-Allah jika masa dan rezeki mengizinkan, saya share di hari-hari kemudian. Semoga kita semua keep positif, keep sharing, fokus impian dan berlari dapatkan apa yang kita mahukan. Dare to DREAM BIG!
Aishah Rahim
Gambar2 sepanjang Aishah dalam Shaklee (2012-2016)
sebagai guess speaker dalam Motivation Rally Shaklee :) |
recognition bersama sebahagian leader award achiever |
award sepanjang bershaklee |
bersama salah satu award |
Cerita kini
Yang saya copy di atas ni cerita tahun 2012. Kini, selepas hampir 5 tahun, terlampau banyak reward yang Aishah dah dapat. Dari segi bonus 4 angka yang sampai sekarang beliau dapat tanpa miss, aset kereta dan rumah yang beliau beli hasil titik peluh Shaklee, reward percutian hotel free Shaklee beri setiap tahun, dan lebih lagi Empayar Just Do It gorup di bawah beliau yang makin berkembang dari semasa ke semasa malah semakin meningkat kebelakangan ini menunjukkan semakin ramai orang sudah beliau bantu dan saya yakin ianya tak berhenti lagi.
Buat Aishah, teruslah membantu orang kesayangan anda, keluarga, mak suami dan anak2, juga anak2 buah JDT dan customer2. Teruslah menulis kerana ianya mampu menarik ramai orang untuk datang dekat untuk anda bantu. Teruslah berlari dan melangkah kerana terlalu banyak lagi impian anda dan orang lain perlu anda capaikan. Teruslah usaha moga ia jadi warisan anak2 di masa akan datang.
Jika anda ingin mengenali Aishah, boleh lah ke blog glamer beliau. klik aje SINI.
Akak doakan Aishah dan team terus melakar kejayaan dalam Shaklee :)
Jika anda melakar kejayaan seperti Aishah atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!
Salam sayang,