salam pagi semua. Pagi ni saya nak share sikit ilmu saya dapat dalam kereta masa hantar Wiya ke kem cuti sekolah. Biasa pagi2 bukak radio ikim. Best waktu pagi pukul 7.30 pagi ada slot motivasi pagi. Minggu ni penceramah undangan ialah Ustaz Ebit Lew. Topik ustaz ialah KESILAPAN KETUA KELUARGA, iaitu mengenai membentuk keluarga sakinah dan bahagia. Korang boleh dengar di ikim.fm jam 7.30 pagi dan ulangan pada 7.30 malam.
Hari ni Ustaz ada share 3 doa dari ayat al Quran yang bagus untuk di amalkan setiap hari oleh semua yang bergelar ibu bapa. Selain untuk anak cemerlang, ianya bagus untuk membentuk sahsiah diri dan akhlak yang baik. Ustaz Ebit Lew pernah di tanya tips untuk anak nakal selain doa. Tetapi menurut Ustaz, doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Dengan doa kite boleh berubah dan dengan doa kite, orang lain pon boleh berubah.
Doa 1 : Surah Al Ahqaf ayat 15
Surat Al-Ahqaf ayat 15
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
Doa 2 : Surah Ibrahim ayat 40
Doa 3 : Surah Al Furqan ayat 74
Surah Al Furqan ayat 74
Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Doa-doa ni, antara doa yang sangat bagus di amalkan mak ayah setiap hari. Kalau boleh baca setiap lepas solat fardhu ya. Sama2 kita saling ingat mengingati dalam usaha kita membentuk anak2 kite menjadi anak soleh dan solehah yang berjaya cemerlang dunia akhirat. Lebih lagi, antara doa yang tak terhijab ialah doa ibu bapa kepada anak2.
Antara pengharapan kita dalam doa ini ialah supaya Allah sentiasa menjadikan kita dan zuriat kita sentiasa dekat dengan Allah dari solat terutamanya. Sentiasa menjaga solat adalah kunci membentuk akhlak yang baik dan cemerlang dalam apa jua perkara yang anak kita buat.
Antara pengharapan kita dalam doa ini ialah supaya Allah sentiasa menjadikan kita dan zuriat kita sentiasa dekat dengan Allah dari solat terutamanya. Sentiasa menjaga solat adalah kunci membentuk akhlak yang baik dan cemerlang dalam apa jua perkara yang anak kita buat.
Moga anak2 kita Allah sentiasa beri hidayah dan pelihara mereka dalam lindungan dan kasih sayang Nya.
Salam sayang,