Tips : Cara mendidik anak2 dari umur 0-21 tahun

assalamualaikum..hari ni kak bee nak share satu article pasal cara mendidik anak2 yang betul berpandukan cara Islam. Jom terapkan dalam didikan kite sehari2, moga anak2 menjadi anak soleh solehah dunia akhirat aminnn..



Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-

1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.

2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

.
1) ► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-

Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.

Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

2) ► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)


Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi  juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-

1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).

3) ► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)


Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.

Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.

Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.

Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.

Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.

Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.

.

"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38).

******

Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun

Supplement untuk anak CERGAS DI SEKOLAH

Assalamualaikum

hari ini saya di hujani oleh ibu2 yang sangat alert untuk mencari supplement anak-anak. Al maklum semua eksited anak2 ke sekolah, malangnya anak2 yang mulanya eksited, baru 3-4 hari sekolah dah bertukar mood, dah tak nak ke sekolah. Rata2 anak2 baru bersekolah 3-4 hari kebanyakkan beri feedback :

- Penat
- Nak tidur aje
- Kurang selera makan
- Mudah letih, tak ada mood ke sekolah
- Makan tidak mengikut nutrisi yang betul
- Kurang focus di sekolah
- Tidak cergas

Cadangan supplement 

Jadi, saya cadangkan 3 supplement ni wajib anak2 ambik.



MEALSHAKE : Kebaikan Mealshake
* Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
* Menambah selera makan anak
* Anak tak mudah kerap jatuh sakit
* Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
* Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
* Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
* Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
* Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula atau air lain kerana rasa french vanilla dan rasanya yang sangat sedap 
* Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
* Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
* Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

OMEGA GUARD : KEBAIKKAN UNTUK ANAK2

1) Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

2) Membantu merawat penyakit eczema dari dalam, kebiasaannya kita amalkan alternatif untuk sapu ubat/krim dari luar sahaja tapi tak lama kemudian akan muncul semula, dengan pengambilan omega 3 dapat elakkan masalah eczema untuk timbul semula.

3) Bantu tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.

4) Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

5) Dengan pengambilan Omega 3 juga kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.


VITA-LEA FOR KIDS : Kebaikan Vita-Lea for Children


1) Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
2) Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
3) Memberi 100% nilai harian vitamin C
4) Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
5) Berasaskan phytonutrien semulajadi
6) Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
7) Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
8) Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Moga dengan ikhtiar mak2 untuk anak2 di mudahkan anak2 untuk lebih focus dan sihat, cergas dan cerdas di sekolah

Saya dah start bagi Wiya supplement seawal 4 tahun lagi. Apa yang boleh saya kata ianya sangat membantu untuk tahap kesihatan dan kecerdasan dan focus Wiya di sekolah.

untuk ibu2 yang nak kan supplement ni, boleh contac saya ye! 


petua anak mudah bangun pagi

salam 2017! 
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru..macam mana korang semua? mesti awal tahun bz menguruskan anak sekolah kan? Kak Bee tahun ni 2 anak2 masuk sekolah. Kakak Wiya darjah 2, dan masukkan adik kecik sekolah tadika untuk dia belajar berkawan dan kenal persekitaran sekolah. Memang mencabar nak train Luqman bangun awal..hehee mencabar macam nak masukkan Kakak Wiya sekolah tadika dulu. Ada satu petua Kak Bee dapat untuk mudah bangunkan anak and of course less drama kan! 


Kak Bee setuju sangat dengan petua ni. Anak2 perempuan memang suka kan kata2 manis, lembut penuh pujuk rayu (haha!), macam tu lah Kak Bee kejut Wiya. Luqman pulak suka kalau kite kejut, layan dia dulu, main2 dulu..selalu Kak Bee serah kat papa dia yang kejut Luqman sebab al maklum mak2 bz nak sediakan keperluan pagi tak banyak masa nak main2 kejut pujuk semua ni hehee..Pagi tadi papa bangunkan dengan macam ni, alhamdulillah, mandi pagi tanpa drama dan tanpa mandi sambil tidurrr heheheee

Lagi satu, pastikan anak2 tidur awal malam tu supaya senang bangun. Macam tahun lepas, kami praktikkan lepas isyak if tak de homework dan ulangkaji, sebelom pukul 9.30malam mesti dah tidur. Inshaallah tahun ni dah praktikkan semula, Kakak Wiya mudah aje tidur, adik Luqman sahaja yang mencabar, tapi jam 9 malan tu dah gelapkan bilik, kasi mood tidur datang, dan dah masuk ke fasa bedtime stori, opkos by papa sebab mama tugas malam ialah iron baju2 dan sediakan semua barang untuk esok pagi supaya tak mencari2 dan kelam kabut :)

apa pon, moga semua usaha kita di mudahkan Allah dan moga anak2 seronok ke sekolah! 

kakak dan adik dah sekolah! hoyehhh
alhamdulillah moga jadi anak soleh musleh dan cemerlang dunia akhirat..aminnn

jom share apa tips korang kejut anak2 setiap pagi?


 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in