Faiza Suhada : Shaklee punca perubahan 360 darjah hidup dan kesihatan seluruh keluarga!


Assalammualaikum

Hari ni saya nak kongsi cerita sorang leader dalam Team OTG saya. Beliau bermula juga sebagai pengguna dan terus decide buat business. Seorang yang sangat kuat semangat, bercita2 tinggi dan komited pada usaha. Beliau punya customer yang sangat ramai dan dengan tu beliau punya group yang besar yang juga datang dari kalangan customer2. 

Jom baca cerita inspirasi kejayaan beliau. Moga sama2 dapat beri inspirasi pada anda untuk berjaya



Kisah Faiza 


Faiza share the real of my journey with shaklee.
Semua orang ada impian. Dari tadika memang dah aim nak jadi accountant. After degree Alhamdullilah dipermudahkan. Kerja di company yang agak besar. Tapi term di Mas kene perform 3 years service baru dapat CA. So aim nak tunggu 3 tahun. Gaji alhamdullilah. Sebulan dekat Rm5000. Jadi dgn umur yg baru 25 tahun so its to much sebenarnya.

Tapi kenapa faiza BERHENTI KERJA untuk shaklee

Kenapa pilih Shaklee

CABARAN AS WORKING BF MOM & STUDENT. Faiza fully breastfeed mom. Tapi malangnya office tak ada surau - bukan company melayu (since kalau nak pray kene ke shopping mall berhadapan dengan office. Jadi, tak kan lah setiap kali nak pam nak kena pergi mall plak kan). So toilet adalah tempat pam faiza. Sedih memang sedih. Tapi tu bukan alasan. Dan hanya 5 ke 10 minit shj setiap sesi.

Since faiza amik professional certifacte untuk jadi professional accountant dan class sebelah petang sampai malam, kadang tinggalkan baby more than 16jam sehari. . Memang sedih. Kadang pam on the way pergi class, kat parking lot, surau. Lebih lagi tak ada quality time langsung dgn family.. Sebab every weekend ade class. Jadi Faiza decide untuk jadi work at home mom (WAHM) even hanya lagi 4 bulan untuk diproposed sebagai CA (Certified Accountant). Rugikan? Tapi faiza tak menyesal pun.

Bagaimana kenal Shaklee

Faiza kenal shaklee December 2012. My first status di fb "shaklee anyone?". Berduyun orang pm kat fb. Tapi febuari 2013 baru terbuka hati nak jd member dbawah naungan kak beeha yunos. Alhamdullilah.

feb 2013 bonus rm240 sahaja
march 2013 supervisor
april 2013 eff sup
may 2013 sr sup
june 2013 eff sr sup
CURRENT RANK DAH CAPAI SR KEY COORDINATOR dan DAH GRAD SHAKLEE PRODUCT TRAINER

TIPS:

1. Jangan cipta alasan
Terima kasih pada masalah yg datang. Dream big
kita kena terima kasih pada masalah yg datang. Ingat Allah xkan uji dan duga kita kalau kita x mampu. Jangan cipta alasan. Buang istilah Kalau tu kalau ni. Cari jalan untuk keluar dari kesempitan tu.
Contoh : tak ada duit nak ambil stok. Siape suruh ade stok? Bila customer confirm bayar baru order. Kalau ade customer nak cod berterus terang. Tak salah. Jangan malu. InshaAllah Allah permudahkan.
Impi yang besar-besar. Macam faiza aim nak jadi master. Kalau tak dapat jangan jatuh dan menangis. Bangun dan usaha teruslah berusaha.

2. sabar dan tabah.
Capai target anda. Ini tanggungjawab anda. Dugaan orang berniaga. Ada pasang surut. Sabar. Katakan anda nak hit 3000uv. Sebulan ada 30hari. Anda perlu cari 100uv sahaja sehari. lebih kurang rm300 sahaja. Jika tak dapat sale rm300 pada hari tu. Lipat ganda usaha untuk esok hari. Buat rm600 sale pulak. 
Ingat lagi dulu. Kisah magik ni Faiza sendiri yang alami. Magik of sabar. Masa tu 23.3.2013 uv faiza 286 sahaja. Tapi keajaiban 24.3 sale faiza sehari hampir rm8500. So kene sabar. Anything can happen.. Tabah itu penting. Bartahan dalam perniagaan inilah cabaran utama kita. bila dah beranak pinak plak (ada downline), tanggungjawab kita untuk bimbing anak-anak downline berjaya. Ingat as a leader kita dibayar. Buang rasa takut nak jadi leader.

3. amalan rohani
Ini yang paling manis. Syukur ya Allah. Time kerja dulu out of 40org acc staff, kami hanya 4org islam. Kekangan yang amat tinggi hatta nak solat fardhu apatah lagi nak solat dhuha. Namun bila faiza amalkan dhuha,ya wahhab,al waqiah, cuba untuk bangun malam. SubhanaAllah. its really works. Sangat bersyukur. Allah maha pemberi. Jika rasa sempit dada. Mengadulah pada Nya.. Nangis sepuasnya. Mintalah apa yang anda idam.

4. usaha kuat dan kenali Shaklee betul2 dan jatuh cinta pada Shaklee
Usaha kena kuat. Jangan berdoa tapi tak usaha. Allah tak kan ubah nasib umatnya jika kita sendiri tak usaha. Usaha tanpa doa tu sombong, doa tanpa usaha tu tipu.

Amalkan 4p ni

1) product -kenal product yg kita nak target. Google atau baca product yang kita nak jual. Baru tak kene hentam bila customer bertanya. Ni juga tips untuk kita pandai dalam konsultasi customer.

2) place- kat mana kekuatan kita nak business. fb ke blog ke. Jgn pulun semua tapi tak berupdate pun. Faiza start dengan page yang highest liker kat fb. 

3) promotion-buat gambar dengan watermark sendiri. Belajar cara buat poster dan edit gambar. 

4) price- Jangan jual bawah harga ahli, kena pandai beri harga dan main dengan harga untuk nampakkan yang Shaklee tu affordable mampu beli. 


Syukur..Faiza berhenti kerja dgn bonus hanya separuh gaji sebelum ni. Berjudi dengan keadaan yg terdesak. Dari segi wang ringgit faiza terus terang kata sepanjang 5bulan ni cukup struggle. Namun alhamdullilah june lepas bonus dah lebih kurang gaji.

Sekarang mungkin kita rasa sangat susah. Tapi ingat MANIS yang di depan. Sekarang kerja! Cangkul tanah semai baja.

Salam
Faiza Suhada


Wahm top secret empayar

Sebahagian gambar2 sepanjang ber-shaklee



NC 2014


Award NC 2014

Bakal Master Coordinator

Diner Majestic Night NC 2015
Bersama sideline Shaklee

Award sepanjang ber-shaklee

Sudah bergelar Shaklee Certified Product Trainer
Bakal2 sideline sama2 menggapai master coordinator
Percutian 6 bintang : Umrah-Abu Dhabi-Dubai 



Terlalu banyak kejayaan yang Faiza dah cipta sepanjang 4 tahun berbusiness Shaklee. Award, reward dan peluang yang Shaklee beri terlalu banyak. Setiap bulan tanpa gagal Shaklee beri bonus dan incentives, dan setiap tahun ada sahaja conference untuk meraikan kami agent Shaklee dan dapat award atas usaha, dan setiap tahun Shaklee beri percutian dalam dan luar negara TANPA GAGAL.


Tahniah Faiza. Teruslah mencipta kejayaan dalam Shaklee. Teruslah membantu ramai orang untuk berjaya dan kaya dalam Shaklee. Saya percaya Faiza dan team wahm akan terus mendaki puncak kejayaan dalam Shaklee. Sentiasa lah menyinar, sentiasalah menyerlah. Akak doakan Faiza dan team sentiasa konsisten dalam Shaklee dan bergelar Master Coordinator soon. Amin.

recover Bell Palsy dalam masa 3 bln lebih with Shaklee



Bagi mereka yang nak kenal2 Faiza dan tau kisah beliau lagi2 kisah beliau recover dari Bell Palsy dalam masa beberapa bulan dengan Shaklee semata2, boleh direct pm beliau. Dan jika anda mahu berada dalam team Wahm under beliau, boleh terus ke fb beliau.

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Faiza dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mulakan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

Cik Puan Nana : Dream it, believe it, achieve it!

assalamualaikum

alhamdulillah, hari ni saya nak cerita kisah anak buah dalam team OTG. Beliau merupakan full time worker, jadinya beliau buat Shaklee secara part time. Dan alhamdulillah, sejak dia jadi leader, belom bonus beliau maintain 4 angka. Berkat konsistency dan kesabarannya bertahan dalam biz ni. Semuanya dek kerana minat dan sayang pada product Shaklee.

Jom sama2 baca kisah kejayaan Cik Puan Nana



Cerita Nana


Assalammualaikum.

Masa mama saya, Aishah Rahim minta buat perkongsian saya dan shaklee, saya terkejut. Terasa kerdil je diri ni kalau nak banding dengan orang lain. Tapi, on the bright side, saya hanya mahu berkongsi supaya anda yang membaca bersemangat & percaya pada diri.

Saya bermula berjinak dengan Shaklee sejak saya lahirkan anak ke-dua.

Mulanya saya hanya pembaca setia blog kak Aishah Rahim. Macam-macam petua saya belajar dari blog tu, petua nak meneran, cara-cara handle EBM, dan kemuncaknya tentang Shaklee.

Saya bermula dengan Breastfeeding. Saya ni jenis pemalas gila makan ubat. Tapi kerana nekad nak sangat anak ke-2 ni breastfeed (dan nak cut cost), saya bulatkan hati makan vitamin Shaklee. Trial sebulan tu, saya makan berbulan-bulan, kerana tak cukup duit & tak suka telan tablet.

Kami suami isteri berpendapatan biasa sahaja. Memang orang biasa-biasa. Yang akan pening bila tiba pertengahan bulan & susah hati tunggu hujung bulan. Yang sanggup redah jalan dengan kereta tak ada road tax, tak servis. Pertaruhkan jugak nyawa pergi kerja. Terpaksa ikat perut semata-mata nak beli susu anak, let go barang kemas.. Allah, memang perit kalau dikenang. Tak ada pilihan lain. Orang biasa-biasa sahaja. Belum lagi jadi bahan fitnah kerana tak mampu.. Tapi nekad saya Cuma satu, walau susah camane pun.. Saya akan elak sangat-sangat meminjam ibubapa/adik beradik atau saudara mara. Tak suka.

Letih rasanya jadi biasa-biasa. Sebab masa tu anak dah 2. Saya nekad nak join Shaklee. Dari December 2012 lagi dah berniat, tapi terpaksa saya tangguh sebab tak berani, takut rugi, malu, takut ditipu, takut orang mengata, tak cukup duit, kurang support dan sebagainya. March 2013 baru saya terbuka hati join Shaklee. Itupun ambil masa sebab ada masalah transfer duit dan sebagainya. Hampir putus asa nak join tapi akhirnya Berjaya jugak letakkan sebelah kaki nak ubah hidup..

Langkah pertama

Langkah saya bermula masa saya takda handphone canggih yang ada whatsapp semua tu. So, apa saya buat? Saya korek segala info dalam file group facebook. Saya add kak Beeha Yunos (tanpa tahu dia adalah upline kepada upline saya). Saya add Master Cery (pun tak tau apa hubungan dorang ni).. Saya belek fb mereka.. dan saya belajar sendiri. Saya baca n hadamkan file-file yang ada. Saya buat nota dalam excel, buat summary untuk segala penyakit. Itu sahaja sumber saya masa tu.

Saya buang semua perasaan-perasaan negative dalam diri. Malu, takut, segan, malas. BUANG TERUS! Sedikit-sedikit saya gain knowledge dan terus belajar. Dalam pada blur-blur tak tahu apa-apa, ada jugak yang nak join jadi downline saya, Nasuha. Dari dia, saya semakin dapat mantapkan knowledge.. Sebab dah ada downline kan? Malu lah kalau anak tanya, mak tak tahu jawab. Saya ni pula jenis tak reti sabar.. Tak boleh menunggu lama, jadi rimas. So saya belajarlah sendiri sebab nak kene ajar anak.

Rahsia berjaya naik dalam Shaklee

Kalau nak diceritakan suka duka, rasanya 7 hari 7 malam pun tak sudah ni. Apa yang saya amalkan secara ringkasnya ialah;

1. Target – Setiap bulan mesti renew target. Mesti submit Target pada mak.
2. Consistency – Buat apa pun wajib konsisten. Sharing konsisten, amalan konsisten, RCA konsisten.. Insyaallah perjalanan akan jadi mudah
3. Motivasi – kerapkan membaca kisah-kisah motivasi. Terutama bila rasa down. Secara automatic, kita akan dimotivasikan sekali.
4. Restu suami & parents – Tak perlu kisahkan orang mengata, yang penting restu dari orang-orang yang penting ni, sebab bila kita susah, mereka nil ah yang bersama dengan kita. 
5. Percaya – Percaya yang satu hari nanti saya pasti akan Berjaya, percaya yang Allah sentiasa bersama saya, sayangkan saya dan akan aturkan yang terbaik untuk saya.
6. Push Factor – Cari push factor masing-masing. Penting sangat push factor ni untuk pastikan kita dimotivasikan untuk terus berdiri kuat.

Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang penglibatan saya dengan Shaklee ialah, kita mesti berani mimpikan apa yang kita nak. Jangan takut nak tulis impian-impian kita. Jangan takut jatuh. Shaklee adalah bisnes yang selamat, tak ada risiko. Kita buat, kita dapat. Kita malas, tak dapatlah.. Konsep mudah. Shaklee ni mudah.. Kalau kita rajin, increament setiap bulan tu akan berdouble-double! Percaya dengan diri, dan jangan takut dengan impian sendiri.

Suka duka dari distributor biasa ke Coordinator ini saya coretkan sedikit sebanyak kat sini, mudah-mudahan dapat jadi pembakar semangat yang membaca. Insyaallah saya sambung cerita selepas menjejakkan kaki ke tangga Master Coordinator. Amin.

Gambar-gambar sepanjang bershaklee

Bersama downline2 menghadiri seminar Shaklee

Bersama Upline dan side line di kelas coaching by Master Beeha di KL
National Conference Shaklee - bersama side line dan downline :)


NC Shaklee 

Majestic diner NC 2015

NANA

Terima kasih Nana atas perkongsian, Saya sentiasa punya kepercayaan kuat pada Nana dan Team Nana. Saya percaya beliau akan buat come back bersama team2 dan akan melangkah jauh lagi dalam Shaklee. Segalanya bukan mustahil jika kita pegang pada kunci kejayaan tu kan. Lebih banyak leader akan lahir di bawah team Nana sebab sesibuk mana pon Nana tetap konsistent dan jadikan semua halangan menjadi push factor bertahan dan mendaki dalam biz Shaklee.



Bagi mereka yang nak kenal2 dengan Nana dan nak berada di bawah team Nana,  boleh contac beliau sendiri. 

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Nana dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

Farrah Syuhaida : 3 kunci RAHSIA berjaya dalam Shaklee!

assalamualaikum

Hari ni kisah success story dari cucu saya Pn Farrah Syuhaida. Macam kebanyakkan downline saya join shaklee selepas Shaklee beri perubahan besar dalam kesihatan mereka. Bak kata orang, dah cuba, dah cinta gituuu..Bila dah cinta baru senang nak buat orang jatuh cinta juga kan? 

Satu word mengenai Pn Farrah ni ialah dia sangat degil. Dan dek degil tu dia berjaya capai apa dia capai hari ni. Sifat degil salah satu sifat yang saya paksa anak buah saya tanam dalam biz ni. Degil untuk berjaya. Selagi tak dapat selagi tu tak senang duduk tak senang hati. Degil yang bawak kebaikkan. Degil yang bawa kejayaan. 

Jom baca kisah beliau.



Kisah Farrah jatuh cinta dengan SHAKLEE

saya mula jatuh cinta pandang pertama dgn SHAKLEE pada april 2013 ketika pregnant anak ketiga..ketika itu saya mengalami alahan kehamilan yang sangat teruk sehingga menjejaskan tugas saya sebagai guru.. masa byk dihabiskan dengan berbaring selain muntah..huhu..pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi..sehingga satu hari terfikir yg saya memang perlukan supplement..dan akhirnya saya berjumpa dgn rakan sekerja saya ketika itu merangkap "mak shaklee" saya sekarang, puan aishah rahim..3 supplement yang saya ambil masa tu vitalea,b complex dan ostematrix.
.
.
alhamdulillah selepas sebulan,saya mula merasakan perubahan..badan mula cergas..muntah semakin kurang..dan saya ambil keputusan utk terus join ahli dan mula sedikit demi sedikit sharing dgn kawan2 pasal kebaikan shaklee..
.
.
saya meneruskan pengambilan shaklee ketika berpantang dan menyusukan anak ketiga saya feeya qaisara..feeya satu2nya anak saya yg dpt saya beri susu badan secara exclusive..alhamdulillah
.

Dari 3 angka ke 4 angka menuju ke 5 angka!

kemudian sekitar nov 2013 selepas habis pantang saya mengambil keputusan untuk all out dalam bisnes shaklee..saya mula share mengenai shaklee di fb,share dengan rakan2 sekerja, rakan sekolah dan family..dan alhamdulillah bermula bonus 2 angka sekarang saya dah berjaya menikmati bonus 4 angka menuju ke 5 angka..
.
.
saya juga berjaya menikmati percutian percuma dgn shaklee..bonus kereta dan telah 2 tahun berturut2 menerima award di shaklee national conference..
.
.
kalau diikutkan dengan gaji penjawat awam gred DG 44 hampir 6k sebulan mungkin boleh dikatakan sudah cukup selesa tapi bagi saya dalam ekonomi sekarang..seharusnya selagi mampu kita perlu berusaha mencari pendapatan sampingan sebanyak yang mungkin..jangan hanya mengharapkan gaji yang ada..kalaupun bukan untuk bermewah..pendapatan sampingan tu boleh kita gunakan utk langsaikan segala hutang piutang dan memewahkan ibu dan ayah selagi mereka ada serta menjadi simpanan pelajaran utk anak2 kita nanti.
.
.
saya juga amat bertuah kerana memiliki upline yg sgt supportive iaitu mummy aishah rahim dan nanny master beeha yunos..tanpa tunjuk ajar yg mereka berikan mungkin saya takkan berada di tahap skrg..mereka banyak membantu dengan mengadakan kelas2 nutrisi selain kelas bimbingan perniagaan
.

Rahsia bertahan dan berjaya dalam Shaklee

kalau ditanya rahsia saya masih bertahan dalam shaklee even busy dengan kerjaya dan sekarang dengan study..cuma 3 kunci ni yang saya pegang : 
.
1. RAJIN..kena rajin promote pasal shaklee..ketepikan perasaan malas,malu..
.
2. DISIPLIN..sesibuk manapun kita, please curi waktu untuk share pasal shaklee sama ada di fb,ig,page atau blog
.
3. KONSISTEN..hari2 wajib buat..tiada istilah buat masa ada mood je..kena sentiasa konsisten setiap hari
.
insyaALLAH kalau pegang 3 kunci ni..semua org boleh berjaya dalam bisnes shaklee...
.
dan yg terakhir selepas berusaha,letakkan sepenuhnya pergantungan pada DIA..minta sungguh2 pada DIA dan cuba konsisten dengan amalan2 utk menjemput rezeki..memang akan nampak bezanya..
.
akhir kata saya doakan semua akan terus berjaya bantu ekonomi keluarga dgn bisnes shaklee...terus buat,jgn toleh kanan kiri lagi..insyaALLAH selagi tak putus asa..korang akan nmpk hasilnya nanti..

Gambar-gambar sepanjang ber-shaklee

NC 2015 pertama kali naik pentas terima award

NC 2016 - tahun kedua konsisten sebagai Shaklee Leader

Bersama mentor dan rakan2 biz Shaklee

Bersama Upline (Aishah Rahim), dan side line :)



2 award sepanjang 2 tahun biz, inshaallah tahun NC 2017 dapat lebih award termasuk award kunci kereta :)

Bersama keluarga yang banyak beri support 


Terima kasih Farrah atas perkongsian. Saya yakin Farrah bakal melahirkan lebih ramai leader di masa akan datang. Menjadikan mereka ke depan, dan mengubah pandangan anak buah yang mereka ada potensi diri untuk berjaya dalam Shaklee. Teruslah membantu mereka yang memerlukan. Teruslah berjaya hingga ke peringkat Master Coordinator!

Bagi mereka yang nak kenal2 dengan Farrah boleh contac beliau sendiri di FB beliau di SINI

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Farrah dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

.

Aishah Rahim : Shaklee merubah hidupku!

Assalamualaikum..

Kisah success story hari ni saya nak share kisah anak buah saya, leader saya yang pertama iaitu Aishah Rahim. Beliau ni sangat glamer as blogger. Bagaimana dari penggemar vitamin yang beri kesan pada kesihatan akhirnya mengubah hidupnya dan keluarga lebih berjaya dalam Shaklee, jom kita baca cerita beliau.

cerita yang beliau tulis ni tahun 2012..cerita lama..tapi moga jadi pembakar semangat orang lain untuk bermula. Permulaan yang susah tak semestinya akhirnya susah. Jom baca cerita beliau. Dari susah perit kepada kejayaan hari ini.

Cerita Aishah 


Saya mula bersama Shaklee sejak 2010. Waktu, saya bersalinkan anak kedua dan menghadapi masalah susu merundum. Saya jumpa blog MamaFaiz dan message beliau untuk tanya lebih lanjut. Tak sampai 5 minit, Kak Cery get back to me by call. Saya ingat lagi, cara Kak Cery approach saya. Memang baik sangat. Terus rasa jatuh hati kat Shaklee. :)

Kemudian saya mengandung anak ketiga dan bersalin. Saya beli set berpantang dengan Kak Cery. Bila dah habis set berpantang, saya sambung ke set BF pulak. Sampailah ke suatu hari, saya nak COD area JB dan Kak Cery bagi contact Kak Beeha Yunos Shaklee. 

Sampailah satu hari ada rezeki lebih sikit, saya beli full pack set BF. Dalam masa yang sama, saya cuba Vitamin E. Saya belikan Omega dan Ostematrix untuk Emak. Lama-lama, saya makin jatuh cinta. Setiap hari akan Whatsapp dengan Kak Bee nak tanya produk itu produk ini. Kawan-kawan pon saya suggestkan pada Kak Bee. Saya nak mereka rasa seronok macam apa yang saya rasa. Rasa sihat, segar, happy. :))

Mula jadi ahli

One fine day, Kak Bee tanya saya, nak jadi ahli tak? Kalau tak mahu buat bisnes pon takpe. Saya boleh beli untuk diri sendiri. Kalau ada rezeki, mungkin boleh tambah pendapatan. Masa ni memang saya keliru. Saya nak tapi saya TAKUT. Saya tak berani sebab saya fikir saya tak pandai bercakap. Saya tak tahu nak jawab kalau orang tanya. Saya akan gagap kalau orang soal banyak-banyak. Saya SMS suami dan tanya. He said, why not give it a try. Kalau tak boleh, stop. Saya telefon Emak, Emak pon cakap benda yang sama.

Kawan-kawan, saya tak malu nak cerita yang gaji saya cuma RM375 selepas tolak duit duduk kuarters. Tolak duit BS anak, RM250 so gaji saya tinggal berapa? Setiap hari pergi kerja, saya macam budak sekolah yang Ayahnya akan bagi duit belanja. Cuma bezanya yang bagi kali ni suami saya. Kadang-kadang sampai hujung bulan, saya sendiri malu nak amik duit dari suami sebab saya tahu dia sendiri tahan perut kat tempat kerja. Anak-anak nak kena belikan pampers. Nashriq menyusu susu formula. Nasib baik jugak Najah menyusu badan. Tapi saya perlukan supplement untuk maintain susu badan saya sendiri. Supplement tu nak pakai duit jugak. Kan?

So dengan beraninya, saya accept je tawaran dari Kak Bee. Saya tak tahu apa-apa. Yang saya tahu, saya nak tambah pendapatan keluarga. Saya tak nak bebankan suami saya. Saya tak mahu bila tiba pampers anak dah habis, saya kena pergi Tabung Haji korek simpanan. Tak mahu. Saya dah penat nak hadap semua tu.

Tak dinafikan, perasaan TAKUT tu memang susah nak lawan. Sampaikan saya beranikan diri PM Kak Cery sebab nak semangat dari beliau. Banyak sangat semangat yang Kak Cery bagi sampai saya rasa, "Yes, this is the time. Inilah masanya untuk aku ubah hidup aku."

Untuk permulaan, saya cuma sharing je pengalaman saya sendiri as pengguna Shaklee kat blog. Apa yang saya makan? Apa yang saya rasa? Kegunaan satu-satu supplement yang saya makan tu. Semua saya cerita. Fakta mana yang saya tak tahu, saya rujuk blog Kak Cery dan Kak Bee. The first 2 weeks memang payah. Saya rasa macam syok sendiri. Update blog tapi tak ada orang komen. Saya rasa kawan-kawan blog saya menghilang. Rasa macam dah tak ada orang baca blog saya. :)

Tapi telahan saya silap bila setiap hari, tak banyak mesti seorang akan PM tanya mengenai produk. Baik dari kawan blog, hinggalah kepada pembaca yang kebetulan google dan termasuk dalam blog saya. Masa tu memang gelabah habis sebab tak tahu nak jawab apa. Setiap hari akan ada coaching dengan Kak Bee macam mana nak jawab soalan customer. Sampaikan satu hari saya minta Kak Bee 'berlakon' jadi customer saya dan saya kena terangkan supplement apa yang sesuai sekian sekian.
HAHAHAHA. Saya ingat lagi bila Kak Bee berlakon dan dia tengah cari supplement untuk resdung, allergic dan asthma. Saya tak tahu nak cari kat mana! Bila saya dah jumpa, 'customer' saya tu tanya harga pulak! Gelabah ayam saya nak bukak bisnes kit pastu cari price list. Alhamdulillah, sekarang ni ada jugak harga-harga supplement yang dah melekat dalam kepala. Customer tanya, boleh terus jawab. :)

Permulaan bisnes saya memang kelam kabut. Saya tak pandai bawa kereta. Saya order barang dari Shaklee dan minta mereka pos ke saya dahulu barulah saya pos kembali ke customer. Kalau saya order hari Isnin, hari Selasa baru dapat ke saya. Hari Selasa petang baru nak pos ke customer dan hari Rabu baru sampai kat tangan customer. Makan 2-3 hari kat situ je. Bila nak pos pon jadi masalah jugak. Saya kena naik teksi dan pergi ke Pusat PosLaju Larkin yang makan RM15 sekali perjalanan. Memang tak berbaloi bila fikirkan balik. Tapi bila customer mula beri respon positif, hati saya jadi suka sangat! Saya gembira. Saya tahu, yang saya dah bantu seseorang.

Oh ya. Disamping buat bisnes, Shaklee ni menjadikan saya seseorang yang lain. Dari seorang yang hanya menulis di blog tentang dunianya sendiri, sekarang saya dah jadi peramah dan bercakap banyak. Saya happy bila saya dapat jawab email customer panjang lebar. Saya happy bila customer suka baca celoteh saya. Saya tak jemu nak balas SMS customer sampai 4-5 msg panjangnya. Entahlah. Saya pon pelik. Tapi saya perasan yang saya memang suka menerangkan sesuatu dengan panjang lebar terutama sekali tentang Shaklee. Tak caya, baca post ni pon dah tahu. Hehehe.

Day by day, saya rasa happy. Saya perasan yang saya tak minta suami pon untuk beli pampers anak waktu hujung bulan haritu. Saya guna duit saya sendiri. Tapi mana datang duitnya? Duit gaji dah lama habis. Alhamdulillah dengan Shaklee lah tu saya dapat extra duit tu

Closing end of May, saya dapat 617uv dalam masa 2 minggu. Bonus yang saya dapat middle of June adalah RM215. Siapa nak bagi? Di pertengahan bulan? Waktu pampers anak saya memang hampir nak habis. Waktu susu anak dah tak ada stok. ALHAMDULILLAH.

Bila tiba bulan Jun, saya set target baru. Tinggi sikit dari bulan Mei. Saya sharing je kat blog cerita tentang Shaklee. Mana-mana customer yang dah beri feed back, saya kongsikan di blog. Memang seronok bila setiap hari ada je orang PM tanya produk. Saya seronok sharing. Saya seronok dapat expresskan apa yang saya rasa.

Alhamdulillah, target bulan Jun melepasi sasaran. Insya-Allah, bonus saya dari Shaklee bulan ni dah masuk 4 angka. Lebih dari gaji bersih kerja hakiki saya sendiri. Saya syukur sangat sebab saya tak pernah terfikir boleh buat bisnes macam ni. Tak sangka jugak yang baru 1 bulan lebih join Shaklee, saya dah dapat naik jadi SUP. Terima kasih pada Kak Bee yang tak jemu-jemu bagi kata-kata semangat.

Saya tahu saya berada di track yang betul. Saya punya terlalu banyak impian. Saya nak capai kesemua impian saya. Saya nak jadi manusia yang bebas hutang. Saya nak clearkan slip gaji saya. Saya nak beli rumah dan tak mahu duduk kuarters lagi. Saya nak lihat slip gaji saya back to normal. Saya tak mahu ada masalah kewangan lagi. Saya nak beri kesenangan pada keluarga dan Emak saya. Saya nak bawa Emak ke Tanah Suci Mekah. Saya nak hantar anak-anak saya ke sekolah Sri Johor. Terlalu banyak impian saya. Terlalu banyak. :)

More to come. Insya-Allah. :))

Panjang sangat kan? Hahaha. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak ceritakan. Insya-Allah jika masa dan rezeki mengizinkan, saya share di hari-hari kemudian. Semoga kita semua keep positif, keep sharing, fokus impian dan berlari dapatkan apa yang kita mahukan. Dare to DREAM BIG!

Aishah Rahim

Gambar2 sepanjang Aishah dalam Shaklee (2012-2016)


sebagai guess speaker dalam Motivation Rally Shaklee :)

recognition bersama sebahagian leader award achiever

award sepanjang bershaklee


bersama salah satu award


Cerita kini

Yang saya copy di atas ni cerita tahun 2012. Kini, selepas hampir 5 tahun, terlampau banyak reward yang Aishah dah dapat. Dari segi bonus 4 angka yang sampai sekarang beliau dapat tanpa miss,  aset kereta dan rumah yang beliau beli hasil titik peluh Shaklee, reward percutian hotel free Shaklee beri setiap tahun, dan lebih lagi Empayar Just Do It gorup di bawah beliau yang makin berkembang dari semasa ke semasa malah semakin meningkat kebelakangan ini menunjukkan semakin ramai orang sudah beliau bantu dan saya yakin ianya tak berhenti lagi.

Buat Aishah, teruslah membantu orang kesayangan anda, keluarga, mak suami dan anak2, juga anak2 buah JDT dan customer2. Teruslah menulis kerana ianya mampu menarik ramai orang untuk datang dekat untuk anda bantu. Teruslah berlari dan melangkah kerana terlalu banyak lagi impian anda dan orang lain perlu anda capaikan. Teruslah usaha moga ia jadi warisan anak2 di masa akan datang.

Jika anda ingin mengenali Aishah, boleh lah ke blog glamer beliau. klik aje SINI

Akak doakan Aishah dan team terus melakar kejayaan dalam Shaklee :)

Jika anda melakar kejayaan seperti Aishah atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

NISA, dari 0 ke 4 angka income. Shaklee biz terbaik!

Assalamualaikum, hari ni saya nak kongsi cerita seorang leader OTG. Beliau ialah Nor Hanisah. Kecik molek orangnya tapi semangat beliau buat saya terus semangat untuk bantu Nisa melebarkan empayar biz Shaklee nya. Ini success story Nisa. Bagaimana beliau bermula dan mencapai kejayaan dalam Shaklee 




CERITA NISA


Nisa bermula dengan Shaklee sejak 2012. Memang join Shaklee sebab nak makan shaklee dan seterusnya bisnes shaklee.

Sepanjang 4thn bersama shaklee, Alhamdulillah Nisa dah capai rank coordinator. Dapat maintain bonus 4 angka. Dah dapat percutian local 5 bintang daripada shaklee. Dapat juga rase naik pentas terima Awards. 

Apa yang best nya shaklee ni dia bayar bonus kita depends hasil usaha kita. Bila kita buat kita dapat. Dalam Shaklee, tak ada istilah siapa masuk dulu dia kaya dulu. Dalam Shaklee, siapa pon yang usaha dialah yang berjaya. Termasuklah downline boleh melangkaui upline. Semuanya tak mustahil dalam Shaklee. Jika kita tunggu dan melihat sahaja, kita tak kan dapat apa-apa. 

Kelebihan Shaklee terlalu banyak. Antaranya, produk yang baik, support group pon terbaik, tinggal diri sendiri yg kena usaha lebih tau.

Antara award Nisa dalam Shaklee

Dalam NC 2015. Sempat bergambar dengan CEO Shaklee, Mr Roger :)
Alhamdulillah dipertemukan dengan Master Beeha. Beliau banyak membantu saya dari awal sehingga kini.  Di saat anak2 Empire JMS datang dan pergi, saya tetap bertahan dengan bantuan Master Beeha dan adik beradik OTG. Terima kasih sangat2.


First time jumpa. NC 2014 :)

sebagai salah seorang SPEAKER DALAM KELAS OTG 


Besar harapan Nisa nak terus berjaya dalam shaklee. Terus membantu lebih ramai lagi sihat dengan shaklee. Terus membantu ramai lagi jana pendapatan dengan shaklee. Doakan segalanya dipermudahkan ya. 

Aamiin.


*********************************************************************************

Saya doakan Nisa berjaya hingga ke peringkat Master Coordinator.



Siapa yang berminat join Nisa atau area Kemaman dan Terengganu yang nak beli dengan Nisa boleh contac beliau ya.

Jika anda mahu jadi seperti Nisa atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in