10 manfaat COLLAGEN SHAKLEE yang mesti anda PILIH!

Assalamualaikum..alhamdulillah, lama menyepi, hari ni kak bee nak share 10 kebaikkan collagen shaklee















Kesan-kesan dan Faedah-faedah mengambil kolagen

1) Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garisan halus yang kelihatan
2) menghidratkan - Melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka
3) Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
5) Menyubur - Menggalakan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara
8) Faedah tambahan kolagen : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. dan membantu mengekalkan otot mata supaya lembut.

>>Terbukti berkesan dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukan kulit lebih baik secara menyeluruh :

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan


best kan? sebab tu collagen powder sentiasa menjadi pilihan customer yang pentingkan keanjalan kulit!


Doa membentuk anak cemerlang dan baik akhlak

assalamualaikum

salam pagi semua. Pagi ni saya nak share sikit ilmu saya dapat dalam kereta masa hantar Wiya ke kem cuti sekolah. Biasa pagi2 bukak radio ikim. Best waktu pagi pukul 7.30 pagi ada slot motivasi pagi. Minggu ni penceramah undangan ialah Ustaz Ebit Lew. Topik ustaz ialah KESILAPAN KETUA KELUARGA, iaitu mengenai membentuk keluarga sakinah dan bahagia. Korang boleh dengar di ikim.fm jam 7.30 pagi dan ulangan pada 7.30 malam.



Hari ni Ustaz ada share 3 doa dari ayat al Quran yang bagus untuk di amalkan setiap hari oleh semua yang bergelar ibu bapa. Selain untuk anak cemerlang, ianya bagus untuk membentuk sahsiah diri dan akhlak yang baik. Ustaz Ebit Lew pernah di tanya tips untuk anak nakal selain doa. Tetapi menurut Ustaz, doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Dengan doa kite boleh berubah dan dengan doa kite, orang lain pon boleh berubah. 

Doa 1 : Surah Al Ahqaf ayat 15



Surat Al-Ahqaf ayat 15

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Doa 2 : Surah Ibrahim ayat 40



Doa 3 : Surah Al Furqan ayat 74




Surah Al Furqan ayat 74

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.


Doa-doa ni, antara doa yang sangat bagus di amalkan mak ayah setiap hari. Kalau boleh baca setiap lepas solat fardhu ya. Sama2 kita saling ingat mengingati dalam usaha kita membentuk anak2 kite menjadi anak soleh dan solehah yang berjaya cemerlang dunia akhirat. Lebih lagi, antara doa yang tak terhijab ialah doa ibu bapa kepada anak2.

Antara pengharapan kita dalam doa ini ialah supaya Allah sentiasa menjadikan kita dan zuriat kita sentiasa dekat dengan Allah dari solat terutamanya. Sentiasa menjaga solat adalah kunci membentuk akhlak yang baik dan cemerlang dalam apa jua perkara yang anak kita buat. 

Moga anak2 kita Allah sentiasa beri hidayah dan pelihara mereka dalam lindungan dan kasih sayang Nya. 

Salam sayang,


Langkah rawat luka kaki pesakit DIABETES elak kena potong

Kalau cakap pasal DIABETES, mesti terbayang kaki kena potong. Tahu tak, kebanyakkan kite dapat tahu mereka ade diabetes selepas dah peringkat teruk. Bila check aje bacaan diabetes dah 20 ke atas. Malah, lebih teruk bila kaki mula bengkak dan ada yang hanya perasa diri diabetes bila kaki luka dan berulat dan lambat baik. 



Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.

Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.

Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!

Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:

  • Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
  • Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
  • Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
  • Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
  • Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.


Bagaimana Resveratrol dan Polifenol dalam VIVIX membantu mengurangkan risiko kaki di potong dan membantu menurunkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit diabetes?



1) Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin ('Metabolic Syndrome)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa membantu dan membaiki sel yang rosak. Jadi pengambilan Vivix secara berterusan dapat memberi manfaat dan mengurangkan Matabolic Syndrom yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakkan gen.

2) Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walaubagaimanapon, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

3) Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyebuhkan luka dengan kadar segera

4) Mencegah pembentukan protin AGE

Protin AGE (advanced glycation and products) terhasil daripada protin dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan kompilasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisme anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protin AGE ini.

Baca sini 1001 khasiat Resveratrol dan Polifenol dalam VIVIX menjadi ikhtiar pelbagai penyakit kronik

ANTARA TESTIMONI RESVERATROL DAN POLIFENOL(KANDUNGAN VIVIX )MEMBANTU MERAWAT LUKA DIABETES YANG KRONIK





Jika anda ada ahli keluarga yang mempunyai masalah begini, boleh cepat2 hubungi saya.

Baca kenapa Shaklee selamat dan berkesan di SINI

Baca info VIVIX lebih banyak di SINI

petua hilangkan EYE BAG dan hitam bawah mata secara semulajadi!

EYE BAG atau nama melayunya, sembab bawah mata, atau hitam bawah mata ni memang masalah semua wanita terutamanya. Tak kira lah yang student ke, dah beranak pinak sekalipon. Bila kurang tidur, kerap mengadap skrin komputer atau hp, dan bila usia mula meningkat, mula lah masalah eye bag ni jadi makin serius. Tambahan pulak kita seringkali buat tak tau pasal mata. Padahal, mata lah paling banyak bekerja kan. 



Entri kali ni saya nak share petua hilangkan eye bag dengan cara yang semulajadi. Dengan bahan2 yang mudah anda dapati kat rumah tu.


Petua hilangkan eye bag 

Berikut ini beberapa cara mudah hilangkan Eye bag menggunakan bahan alami yang dapat diperoleh di sekeliling kita ;

Sisa Rendam Tea



Uncang teh yang terpakai yang di simpan dalam peti sejuk ternyata dapat digunakan untuk menghilangkan atau mengurangi eye bag, caranya mudah aje, letakkan uncang teh yang dah di sejukkan di atas mata yang tertutup selama 15 menit dan lakukan secara rutin.

Hirisan timun



Mentimun memang sangat mujarab untuk berbagai masalah kecantikan, salah satunya dapat digunakan untuk masalah Eye bag. Caranya cukup dengan menghiris nipis2 mentimun yang sudah di sejukkan dalam peti sejuk, gunakan untuk menutup kelopak mata, diamkan selama 15 minit.

Almond Oil ataupun Minyak Badam


Ramai tidak tahu yang almond oil boleh bantu untuk mata panda ataupun eye bag tau. Sebab almond oil mengandungi Vitamin E tinggi.

Boleh sapu seperti pelembap biasa di sekitar mata dan masuk tidur sperti biasa. Ia membantu ratakan tona bawah mata dan kulit menjadi lebih sihat dan tidak kusam.

Kentang


Selain sebagai bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, kentang ternyata juga memiliki manfaat yang bagus untuk menghilangkan eye bag. Caranya hampir sama ketika kita menggunakan mentimun. Ambil 1 buah kentang lalu iris tipi tipis ddan gunakan untuk menutupi bagian kelopak mata.

Eye treatment cream


Nak lagi mudah? Shaklee mempunyai eye treatment cream yang special untuk mata, yang juga mempunyai fungsi untuk menghilangkan eye bag dan sembab bawah mata


eye treatment shaklee terbuki secara klinikal tau!

Antara testimoni eye treatment :





Lagi fresh testimoni eye treatment shaklee yang super best tu di SINI

nak dapatkan mata bebas eye bag dan hilang hitam bawah mata dengan mudah? PM kak bee ya!


Faiza Suhada : Shaklee punca perubahan 360 darjah hidup dan kesihatan seluruh keluarga!


Assalammualaikum

Hari ni saya nak kongsi cerita sorang leader dalam Team OTG saya. Beliau bermula juga sebagai pengguna dan terus decide buat business. Seorang yang sangat kuat semangat, bercita2 tinggi dan komited pada usaha. Beliau punya customer yang sangat ramai dan dengan tu beliau punya group yang besar yang juga datang dari kalangan customer2. 

Jom baca cerita inspirasi kejayaan beliau. Moga sama2 dapat beri inspirasi pada anda untuk berjaya



Kisah Faiza 


Faiza share the real of my journey with shaklee.
Semua orang ada impian. Dari tadika memang dah aim nak jadi accountant. After degree Alhamdullilah dipermudahkan. Kerja di company yang agak besar. Tapi term di Mas kene perform 3 years service baru dapat CA. So aim nak tunggu 3 tahun. Gaji alhamdullilah. Sebulan dekat Rm5000. Jadi dgn umur yg baru 25 tahun so its to much sebenarnya.

Tapi kenapa faiza BERHENTI KERJA untuk shaklee

Kenapa pilih Shaklee

CABARAN AS WORKING BF MOM & STUDENT. Faiza fully breastfeed mom. Tapi malangnya office tak ada surau - bukan company melayu (since kalau nak pray kene ke shopping mall berhadapan dengan office. Jadi, tak kan lah setiap kali nak pam nak kena pergi mall plak kan). So toilet adalah tempat pam faiza. Sedih memang sedih. Tapi tu bukan alasan. Dan hanya 5 ke 10 minit shj setiap sesi.

Since faiza amik professional certifacte untuk jadi professional accountant dan class sebelah petang sampai malam, kadang tinggalkan baby more than 16jam sehari. . Memang sedih. Kadang pam on the way pergi class, kat parking lot, surau. Lebih lagi tak ada quality time langsung dgn family.. Sebab every weekend ade class. Jadi Faiza decide untuk jadi work at home mom (WAHM) even hanya lagi 4 bulan untuk diproposed sebagai CA (Certified Accountant). Rugikan? Tapi faiza tak menyesal pun.

Bagaimana kenal Shaklee

Faiza kenal shaklee December 2012. My first status di fb "shaklee anyone?". Berduyun orang pm kat fb. Tapi febuari 2013 baru terbuka hati nak jd member dbawah naungan kak beeha yunos. Alhamdullilah.

feb 2013 bonus rm240 sahaja
march 2013 supervisor
april 2013 eff sup
may 2013 sr sup
june 2013 eff sr sup
CURRENT RANK DAH CAPAI SR KEY COORDINATOR dan DAH GRAD SHAKLEE PRODUCT TRAINER

TIPS:

1. Jangan cipta alasan
Terima kasih pada masalah yg datang. Dream big
kita kena terima kasih pada masalah yg datang. Ingat Allah xkan uji dan duga kita kalau kita x mampu. Jangan cipta alasan. Buang istilah Kalau tu kalau ni. Cari jalan untuk keluar dari kesempitan tu.
Contoh : tak ada duit nak ambil stok. Siape suruh ade stok? Bila customer confirm bayar baru order. Kalau ade customer nak cod berterus terang. Tak salah. Jangan malu. InshaAllah Allah permudahkan.
Impi yang besar-besar. Macam faiza aim nak jadi master. Kalau tak dapat jangan jatuh dan menangis. Bangun dan usaha teruslah berusaha.

2. sabar dan tabah.
Capai target anda. Ini tanggungjawab anda. Dugaan orang berniaga. Ada pasang surut. Sabar. Katakan anda nak hit 3000uv. Sebulan ada 30hari. Anda perlu cari 100uv sahaja sehari. lebih kurang rm300 sahaja. Jika tak dapat sale rm300 pada hari tu. Lipat ganda usaha untuk esok hari. Buat rm600 sale pulak. 
Ingat lagi dulu. Kisah magik ni Faiza sendiri yang alami. Magik of sabar. Masa tu 23.3.2013 uv faiza 286 sahaja. Tapi keajaiban 24.3 sale faiza sehari hampir rm8500. So kene sabar. Anything can happen.. Tabah itu penting. Bartahan dalam perniagaan inilah cabaran utama kita. bila dah beranak pinak plak (ada downline), tanggungjawab kita untuk bimbing anak-anak downline berjaya. Ingat as a leader kita dibayar. Buang rasa takut nak jadi leader.

3. amalan rohani
Ini yang paling manis. Syukur ya Allah. Time kerja dulu out of 40org acc staff, kami hanya 4org islam. Kekangan yang amat tinggi hatta nak solat fardhu apatah lagi nak solat dhuha. Namun bila faiza amalkan dhuha,ya wahhab,al waqiah, cuba untuk bangun malam. SubhanaAllah. its really works. Sangat bersyukur. Allah maha pemberi. Jika rasa sempit dada. Mengadulah pada Nya.. Nangis sepuasnya. Mintalah apa yang anda idam.

4. usaha kuat dan kenali Shaklee betul2 dan jatuh cinta pada Shaklee
Usaha kena kuat. Jangan berdoa tapi tak usaha. Allah tak kan ubah nasib umatnya jika kita sendiri tak usaha. Usaha tanpa doa tu sombong, doa tanpa usaha tu tipu.

Amalkan 4p ni

1) product -kenal product yg kita nak target. Google atau baca product yang kita nak jual. Baru tak kene hentam bila customer bertanya. Ni juga tips untuk kita pandai dalam konsultasi customer.

2) place- kat mana kekuatan kita nak business. fb ke blog ke. Jgn pulun semua tapi tak berupdate pun. Faiza start dengan page yang highest liker kat fb. 

3) promotion-buat gambar dengan watermark sendiri. Belajar cara buat poster dan edit gambar. 

4) price- Jangan jual bawah harga ahli, kena pandai beri harga dan main dengan harga untuk nampakkan yang Shaklee tu affordable mampu beli. 


Syukur..Faiza berhenti kerja dgn bonus hanya separuh gaji sebelum ni. Berjudi dengan keadaan yg terdesak. Dari segi wang ringgit faiza terus terang kata sepanjang 5bulan ni cukup struggle. Namun alhamdullilah june lepas bonus dah lebih kurang gaji.

Sekarang mungkin kita rasa sangat susah. Tapi ingat MANIS yang di depan. Sekarang kerja! Cangkul tanah semai baja.

Salam
Faiza Suhada


Wahm top secret empayar

Sebahagian gambar2 sepanjang ber-shaklee



NC 2014


Award NC 2014

Bakal Master Coordinator

Diner Majestic Night NC 2015
Bersama sideline Shaklee

Award sepanjang ber-shaklee

Sudah bergelar Shaklee Certified Product Trainer
Bakal2 sideline sama2 menggapai master coordinator
Percutian 6 bintang : Umrah-Abu Dhabi-Dubai 



Terlalu banyak kejayaan yang Faiza dah cipta sepanjang 4 tahun berbusiness Shaklee. Award, reward dan peluang yang Shaklee beri terlalu banyak. Setiap bulan tanpa gagal Shaklee beri bonus dan incentives, dan setiap tahun ada sahaja conference untuk meraikan kami agent Shaklee dan dapat award atas usaha, dan setiap tahun Shaklee beri percutian dalam dan luar negara TANPA GAGAL.


Tahniah Faiza. Teruslah mencipta kejayaan dalam Shaklee. Teruslah membantu ramai orang untuk berjaya dan kaya dalam Shaklee. Saya percaya Faiza dan team wahm akan terus mendaki puncak kejayaan dalam Shaklee. Sentiasa lah menyinar, sentiasalah menyerlah. Akak doakan Faiza dan team sentiasa konsisten dalam Shaklee dan bergelar Master Coordinator soon. Amin.

recover Bell Palsy dalam masa 3 bln lebih with Shaklee



Bagi mereka yang nak kenal2 Faiza dan tau kisah beliau lagi2 kisah beliau recover dari Bell Palsy dalam masa beberapa bulan dengan Shaklee semata2, boleh direct pm beliau. Dan jika anda mahu berada dalam team Wahm under beliau, boleh terus ke fb beliau.

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Faiza dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mulakan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

Testimoni Eye Treatment hilangkan LEBAM BAWAH MATA (eye bag) dan MATA SEMBAB!

Assalamualaikum

Pernah tak korang alami masalah mata sembab, eye bag besar bawah mata dan hitam keliling mata? Haaaa..saya yakin ramai supermak yang alami masalah sama! saya pon. Tambahan bila kita tak cukup tidur, lagi lah masalah eye bag ni makin teruk dan memburukkan lagi, ialah hitam keliling mata.

Bagi mereka yang tak tahu, mata ialah bahagian sensitif tau..Tak boleh pakai cream muka untuk sapu bahagian mata. Begitu sensitifnya bahagian mata ni kan. 

Jangan risau, Shaklee ada solusinya. Shaklee ada EYE TREATMENT BEST tau! Dari rangkaian skin care Enfuselle Shaklee, eye treatment ni berkesan untuk semua jenis kulit.

alhamdulillah, hari ni nak kongsi testimoni best customer saya pengguna setia eye treatment Enfuselle Shaklee.

Kakak cantik ni ambik Eye Treatment Enfuselle untuk masalah sembab bawah mata. Dan 9hb Nov 2016 beliau msg nak repeat order. Kali ni kali ke 3 repeat order eye treatment cream ni. Off course lah sebab best dan kesan eye bag beliau makin ok sangat2. 

Eye bag makin ok, mata tak nampak lagi sembab lepas pakai eye treatment cream
Kakak cantik ni dah usia lebih 40 tahun tau. dan sangat menjaga kesihatan dan kecantikan beliau. Sebab kan testimoni beliau, saya pon dah pakai eye treatment ni. Memang saya sarankan untuk mereka yang ada masalah eye bag besar2 dan hitam keliling mata.

Feedback beliau, Eye Treatment Enfuselle ni sangat best sebab masalah eye bag makin ok, mata sembab dek tak cukup tidur pon boleh cover dengan Eye Treatment ni! 

kecik2 cili padi Eye Treatment Enfuselle ni tau!
Kecik tapi tahan lama dan berkesan!

Kecik aje tiub Eye Treatment ni. Satu tiub berat cream ni 14ml, tapi bayangkan dengan sekecil tiub ni, sangat tahan lama, berbulan2 juga tak abes. Cara pakai, picit sikit aje cream, dan oleskan di keliling mata. Jangan tenyeh, nanti mata cepat berkedut, Mata ialah bahagian yang sangat sensitif, sebab tu perlu ada eye treatment ni. Just oleskan sikit aje keliling mata (atas, abwah dan tepi mata) dan dap2 aje supaya cepat serap dalam kulit. 

Sebab saya dah suka, saya terus recommend kat almost semua customer. Alhamdulillah, ramai sangat pembeli baru Eye Treatment Enfuselle ni. Dan rata2 bagi feedback awal yang memuaskan. Moga terus serasi ya!

Jom tengok apa kebaikkan Eye Treatment Enfuselle ni?

Fungsi utama krim ini adalah untuk memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap; termasuklah lingkaran gelap di bawah mata.

Ia amat berkesan dalam tempoh yg tidak terlalu lama. Mengamalkannya secara konsisten setiap hari boleh memberikan kesan positif seperti berikut:

Terbukti berkesan secara klinikal

  • ❤️233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • ❤️120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • ❤️209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • ❤️32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • ❤️Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • ❤️Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • ❤️Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • ❤️Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
  • ❤️ paraben FREE 

Jika garis halus di sekitar mata serta lingkaran gelap di bawah mata amat mengganggu keselesaan anda terhadap kecantikan wajah anda, Krim Eye Treatment Enfuselle ini adalah apa yg anda AMAT PERLUKAN. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, serta tidak mengandungi bahan kimia yg boleh mendatangkan kesan sampingan buruk ke atas kulit anda.

Selain Eye Treatment, Enfuselle juga ada rangkaian skin carenya tersendiri. Boleh baca di sini Skin Care Enfuselle dan  Skin Care Nutriwhite dari Shaklee 

Tak tahu nak buat pilihan? pm aje saya ya. Inshaallah saya bantu, sebab kepakaran saya ialah set kecantikan Shaklee termasuk skin carenya :)

Cik Puan Nana : Dream it, believe it, achieve it!

assalamualaikum

alhamdulillah, hari ni saya nak cerita kisah anak buah dalam team OTG. Beliau merupakan full time worker, jadinya beliau buat Shaklee secara part time. Dan alhamdulillah, sejak dia jadi leader, belom bonus beliau maintain 4 angka. Berkat konsistency dan kesabarannya bertahan dalam biz ni. Semuanya dek kerana minat dan sayang pada product Shaklee.

Jom sama2 baca kisah kejayaan Cik Puan Nana



Cerita Nana


Assalammualaikum.

Masa mama saya, Aishah Rahim minta buat perkongsian saya dan shaklee, saya terkejut. Terasa kerdil je diri ni kalau nak banding dengan orang lain. Tapi, on the bright side, saya hanya mahu berkongsi supaya anda yang membaca bersemangat & percaya pada diri.

Saya bermula berjinak dengan Shaklee sejak saya lahirkan anak ke-dua.

Mulanya saya hanya pembaca setia blog kak Aishah Rahim. Macam-macam petua saya belajar dari blog tu, petua nak meneran, cara-cara handle EBM, dan kemuncaknya tentang Shaklee.

Saya bermula dengan Breastfeeding. Saya ni jenis pemalas gila makan ubat. Tapi kerana nekad nak sangat anak ke-2 ni breastfeed (dan nak cut cost), saya bulatkan hati makan vitamin Shaklee. Trial sebulan tu, saya makan berbulan-bulan, kerana tak cukup duit & tak suka telan tablet.

Kami suami isteri berpendapatan biasa sahaja. Memang orang biasa-biasa. Yang akan pening bila tiba pertengahan bulan & susah hati tunggu hujung bulan. Yang sanggup redah jalan dengan kereta tak ada road tax, tak servis. Pertaruhkan jugak nyawa pergi kerja. Terpaksa ikat perut semata-mata nak beli susu anak, let go barang kemas.. Allah, memang perit kalau dikenang. Tak ada pilihan lain. Orang biasa-biasa sahaja. Belum lagi jadi bahan fitnah kerana tak mampu.. Tapi nekad saya Cuma satu, walau susah camane pun.. Saya akan elak sangat-sangat meminjam ibubapa/adik beradik atau saudara mara. Tak suka.

Letih rasanya jadi biasa-biasa. Sebab masa tu anak dah 2. Saya nekad nak join Shaklee. Dari December 2012 lagi dah berniat, tapi terpaksa saya tangguh sebab tak berani, takut rugi, malu, takut ditipu, takut orang mengata, tak cukup duit, kurang support dan sebagainya. March 2013 baru saya terbuka hati join Shaklee. Itupun ambil masa sebab ada masalah transfer duit dan sebagainya. Hampir putus asa nak join tapi akhirnya Berjaya jugak letakkan sebelah kaki nak ubah hidup..

Langkah pertama

Langkah saya bermula masa saya takda handphone canggih yang ada whatsapp semua tu. So, apa saya buat? Saya korek segala info dalam file group facebook. Saya add kak Beeha Yunos (tanpa tahu dia adalah upline kepada upline saya). Saya add Master Cery (pun tak tau apa hubungan dorang ni).. Saya belek fb mereka.. dan saya belajar sendiri. Saya baca n hadamkan file-file yang ada. Saya buat nota dalam excel, buat summary untuk segala penyakit. Itu sahaja sumber saya masa tu.

Saya buang semua perasaan-perasaan negative dalam diri. Malu, takut, segan, malas. BUANG TERUS! Sedikit-sedikit saya gain knowledge dan terus belajar. Dalam pada blur-blur tak tahu apa-apa, ada jugak yang nak join jadi downline saya, Nasuha. Dari dia, saya semakin dapat mantapkan knowledge.. Sebab dah ada downline kan? Malu lah kalau anak tanya, mak tak tahu jawab. Saya ni pula jenis tak reti sabar.. Tak boleh menunggu lama, jadi rimas. So saya belajarlah sendiri sebab nak kene ajar anak.

Rahsia berjaya naik dalam Shaklee

Kalau nak diceritakan suka duka, rasanya 7 hari 7 malam pun tak sudah ni. Apa yang saya amalkan secara ringkasnya ialah;

1. Target – Setiap bulan mesti renew target. Mesti submit Target pada mak.
2. Consistency – Buat apa pun wajib konsisten. Sharing konsisten, amalan konsisten, RCA konsisten.. Insyaallah perjalanan akan jadi mudah
3. Motivasi – kerapkan membaca kisah-kisah motivasi. Terutama bila rasa down. Secara automatic, kita akan dimotivasikan sekali.
4. Restu suami & parents – Tak perlu kisahkan orang mengata, yang penting restu dari orang-orang yang penting ni, sebab bila kita susah, mereka nil ah yang bersama dengan kita. 
5. Percaya – Percaya yang satu hari nanti saya pasti akan Berjaya, percaya yang Allah sentiasa bersama saya, sayangkan saya dan akan aturkan yang terbaik untuk saya.
6. Push Factor – Cari push factor masing-masing. Penting sangat push factor ni untuk pastikan kita dimotivasikan untuk terus berdiri kuat.

Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang penglibatan saya dengan Shaklee ialah, kita mesti berani mimpikan apa yang kita nak. Jangan takut nak tulis impian-impian kita. Jangan takut jatuh. Shaklee adalah bisnes yang selamat, tak ada risiko. Kita buat, kita dapat. Kita malas, tak dapatlah.. Konsep mudah. Shaklee ni mudah.. Kalau kita rajin, increament setiap bulan tu akan berdouble-double! Percaya dengan diri, dan jangan takut dengan impian sendiri.

Suka duka dari distributor biasa ke Coordinator ini saya coretkan sedikit sebanyak kat sini, mudah-mudahan dapat jadi pembakar semangat yang membaca. Insyaallah saya sambung cerita selepas menjejakkan kaki ke tangga Master Coordinator. Amin.

Gambar-gambar sepanjang bershaklee

Bersama downline2 menghadiri seminar Shaklee

Bersama Upline dan side line di kelas coaching by Master Beeha di KL
National Conference Shaklee - bersama side line dan downline :)


NC Shaklee 

Majestic diner NC 2015

NANA

Terima kasih Nana atas perkongsian, Saya sentiasa punya kepercayaan kuat pada Nana dan Team Nana. Saya percaya beliau akan buat come back bersama team2 dan akan melangkah jauh lagi dalam Shaklee. Segalanya bukan mustahil jika kita pegang pada kunci kejayaan tu kan. Lebih banyak leader akan lahir di bawah team Nana sebab sesibuk mana pon Nana tetap konsistent dan jadikan semua halangan menjadi push factor bertahan dan mendaki dalam biz Shaklee.



Bagi mereka yang nak kenal2 dengan Nana dan nak berada di bawah team Nana,  boleh contac beliau sendiri. 

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Nana dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

Zinc complex sold out semalaya! Jangan risau..Gantikan dengan Vitalea iron

Assalamualaikum

Ramai customer yang panik bila Zinc Complex sold out semalaya sekian lama. Tau tak zinc complex ni kesukaan semua orang lagi2 ibu2 yang lepas bersalin. Al-maklum Zinc Shaklee tak ada stok lagi semalaya sebab shaklee sedang upgrade lagi kualitinya. alhamdulillah!

So sementara tak ada stok tu, nak gantikan dengan apa ya?

Saya cadangkan ganti dengan Vitalea iron. Sebab apa? Sebab dalam Vitalea iron ni ada zinc.

Botol kecik : Zinc
Botol besar : Vitalea iron

Dalam Vitalea iron, ada zinc. Kandungan zinc dalam Vitalea iron untuk sebiji Vitalea ialah 7.5mg dan untuk kesan optimum saya cadangkan pengambilan 2 biji Vitalea setiap hari. Jadi 2 biji Vitalea akan menjadikan jumlah zinc kita ambik 15mg iaitu bersamaan sebiji zinc.

Selain tu, anda juga akan mendapat lebih manfaat dalam Vitalea. Al maklum, Vitalea shaklee merupakan multivitamin paling lengkap yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. 

Untuk option lain, boleh hubungi saya ya!

Resepi breakfast saya : Rahsia maintain bertenaga, sihat, dan inch loss

Assalamualaikum!

Ini lah pre breakfast saya setiap hari. Tadaaa..

breakfast cara saya :)

2 jenis minuman ni memang wajib saya ambik setiap pagi. Sebelom subuh minum ESP mix dengan Cinch shake. Sekarang tengah minum perisa Vanilla. Saya paling suka Vanilla sebab rasa dia fresshh dan vanilla dia sedap amat! Kalau korang suka coffe ala2 mocha tu, boleh cuba Cinch shake perisa Caffe Latte mix dengan Cinch Shake perisa Chochlate! serius sedapppp..

Ambik esp untuk protin : asas pemulihan sel2 (kulit, rambut, kuku, dan kesihatan menyeluruh - baru lah supplement lain mudah serap!) 

Ambik cinch shake untuk inch loss dan hilangkan gelebeh2 kendur2 kulit dan shape up.  Al maklum bila dah 30 ke atas metabolisme makin menurun, kulit makin kurang kolagen dan mulalah kendur dan gelebeh sana sini dan yang tak best bila berat tak sampai 60kg tapi baju dah size XL/XXL sebab ape? Sebab semua mengembang2 ni lah. Bestnya bila ambik Cinch Shake protin ni memang rasa gelebeh2 tu hilang dan badan pon mantap sebab inchi dan berkurang. Sebab tu ramai bagi feedback minum Cinch shake ni size baju dah mengecik walau berat masih belom turun. 

Then masa siapkan breakfast dan bekal wiya, minum pulak cinch tea mix energy tea mix dengan performance drink. (Baca sini resepi air tenaga booster ni kat SINI)

Ya allah yang ni tak boleh miss walau sehari. Lemau rasaaa. Seriusly minuman yang sangat baik daripada ceffein k. Selain kasi buntang mata, badan instantly segar, ia bagi upkan metabolisme, peluh2 bila buat kerja berat sket. Bantu untuk buang lebihan air dalam badan dan elak dehydrasi.Tau tak cinch tea shaklee ade keupayaan special boleh membakar kalori 4 kali ganda tauuuu dari green tea biasa!

Best kan!

Sebab tu, customer yang ambik minuman2 ni pon repeat order sokmo! Semua kata bertenaga dan bonusnya mereka boleh pakai size baju kecik dari asal sebab dah inch loss! 

Oppp lagi satu, saya tak sempat nak kocok2 shake2 air tu, just stir pakai sudu sebab saya guna air dari get clean water pitcher shaklee yang jug kat belakang gambar tuuu. Air dari mobile pitcher ni best sebab bila buat air shake ke ape dia tak berketul langsung. Smooth ajeee tak de bazir kat bawah bekas sbb semua larut dengan sangat mudah :) 


Sahklee, 
Saya guna
Saya share

have a super nice day all!

Farrah Syuhaida : 3 kunci RAHSIA berjaya dalam Shaklee!

assalamualaikum

Hari ni kisah success story dari cucu saya Pn Farrah Syuhaida. Macam kebanyakkan downline saya join shaklee selepas Shaklee beri perubahan besar dalam kesihatan mereka. Bak kata orang, dah cuba, dah cinta gituuu..Bila dah cinta baru senang nak buat orang jatuh cinta juga kan? 

Satu word mengenai Pn Farrah ni ialah dia sangat degil. Dan dek degil tu dia berjaya capai apa dia capai hari ni. Sifat degil salah satu sifat yang saya paksa anak buah saya tanam dalam biz ni. Degil untuk berjaya. Selagi tak dapat selagi tu tak senang duduk tak senang hati. Degil yang bawak kebaikkan. Degil yang bawa kejayaan. 

Jom baca kisah beliau.



Kisah Farrah jatuh cinta dengan SHAKLEE

saya mula jatuh cinta pandang pertama dgn SHAKLEE pada april 2013 ketika pregnant anak ketiga..ketika itu saya mengalami alahan kehamilan yang sangat teruk sehingga menjejaskan tugas saya sebagai guru.. masa byk dihabiskan dengan berbaring selain muntah..huhu..pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi..sehingga satu hari terfikir yg saya memang perlukan supplement..dan akhirnya saya berjumpa dgn rakan sekerja saya ketika itu merangkap "mak shaklee" saya sekarang, puan aishah rahim..3 supplement yang saya ambil masa tu vitalea,b complex dan ostematrix.
.
.
alhamdulillah selepas sebulan,saya mula merasakan perubahan..badan mula cergas..muntah semakin kurang..dan saya ambil keputusan utk terus join ahli dan mula sedikit demi sedikit sharing dgn kawan2 pasal kebaikan shaklee..
.
.
saya meneruskan pengambilan shaklee ketika berpantang dan menyusukan anak ketiga saya feeya qaisara..feeya satu2nya anak saya yg dpt saya beri susu badan secara exclusive..alhamdulillah
.

Dari 3 angka ke 4 angka menuju ke 5 angka!

kemudian sekitar nov 2013 selepas habis pantang saya mengambil keputusan untuk all out dalam bisnes shaklee..saya mula share mengenai shaklee di fb,share dengan rakan2 sekerja, rakan sekolah dan family..dan alhamdulillah bermula bonus 2 angka sekarang saya dah berjaya menikmati bonus 4 angka menuju ke 5 angka..
.
.
saya juga berjaya menikmati percutian percuma dgn shaklee..bonus kereta dan telah 2 tahun berturut2 menerima award di shaklee national conference..
.
.
kalau diikutkan dengan gaji penjawat awam gred DG 44 hampir 6k sebulan mungkin boleh dikatakan sudah cukup selesa tapi bagi saya dalam ekonomi sekarang..seharusnya selagi mampu kita perlu berusaha mencari pendapatan sampingan sebanyak yang mungkin..jangan hanya mengharapkan gaji yang ada..kalaupun bukan untuk bermewah..pendapatan sampingan tu boleh kita gunakan utk langsaikan segala hutang piutang dan memewahkan ibu dan ayah selagi mereka ada serta menjadi simpanan pelajaran utk anak2 kita nanti.
.
.
saya juga amat bertuah kerana memiliki upline yg sgt supportive iaitu mummy aishah rahim dan nanny master beeha yunos..tanpa tunjuk ajar yg mereka berikan mungkin saya takkan berada di tahap skrg..mereka banyak membantu dengan mengadakan kelas2 nutrisi selain kelas bimbingan perniagaan
.

Rahsia bertahan dan berjaya dalam Shaklee

kalau ditanya rahsia saya masih bertahan dalam shaklee even busy dengan kerjaya dan sekarang dengan study..cuma 3 kunci ni yang saya pegang : 
.
1. RAJIN..kena rajin promote pasal shaklee..ketepikan perasaan malas,malu..
.
2. DISIPLIN..sesibuk manapun kita, please curi waktu untuk share pasal shaklee sama ada di fb,ig,page atau blog
.
3. KONSISTEN..hari2 wajib buat..tiada istilah buat masa ada mood je..kena sentiasa konsisten setiap hari
.
insyaALLAH kalau pegang 3 kunci ni..semua org boleh berjaya dalam bisnes shaklee...
.
dan yg terakhir selepas berusaha,letakkan sepenuhnya pergantungan pada DIA..minta sungguh2 pada DIA dan cuba konsisten dengan amalan2 utk menjemput rezeki..memang akan nampak bezanya..
.
akhir kata saya doakan semua akan terus berjaya bantu ekonomi keluarga dgn bisnes shaklee...terus buat,jgn toleh kanan kiri lagi..insyaALLAH selagi tak putus asa..korang akan nmpk hasilnya nanti..

Gambar-gambar sepanjang ber-shaklee

NC 2015 pertama kali naik pentas terima award

NC 2016 - tahun kedua konsisten sebagai Shaklee Leader

Bersama mentor dan rakan2 biz Shaklee

Bersama Upline (Aishah Rahim), dan side line :)



2 award sepanjang 2 tahun biz, inshaallah tahun NC 2017 dapat lebih award termasuk award kunci kereta :)

Bersama keluarga yang banyak beri support 


Terima kasih Farrah atas perkongsian. Saya yakin Farrah bakal melahirkan lebih ramai leader di masa akan datang. Menjadikan mereka ke depan, dan mengubah pandangan anak buah yang mereka ada potensi diri untuk berjaya dalam Shaklee. Teruslah membantu mereka yang memerlukan. Teruslah berjaya hingga ke peringkat Master Coordinator!

Bagi mereka yang nak kenal2 dengan Farrah boleh contac beliau sendiri di FB beliau di SINI

Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Farrah dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!

Salam sayang,

.
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in