11 makanan penambah susu badan..mana satu milk booster anda?

assalamualaikum

dah makan ke belom korang? saya since bergelar breastfeeding mommy memang lah tak boleh nak diet sangat..mudah rasa lapar tapi tak de lah lapar sangat..hehee tapi memang nak mengunyah aje..tapi tapi tapi...kena jaga-jaga..apa yang kita makan baby yang breastfeed pon dapat jugak tau..dan, since masa berpantang saya sentiasa mencari makanan yang boleh bantu merangsang pengeluaran susu ibu selain supplement yang saya memang ambik seharian..

so article kali ni saya nak share makanan semulajadi yang boleh di kategorikan sebagai milk booster...jom tgk..



1. Lobak putih / merah



Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. masa dalam pantang, seminggu 2-3 kali jugak mak masakkan sayur lobak putih ni..memang sedap dan kena lah dengan selera saya..hihi..lawan plak dengan nasi panas dan ikan goreng atau ikan bakar,..lajuuu je suap!

2. Bayam

sayur Bayam 

Sesetengah mommies tak ambik bayam sebab ada yang mengatakan bayam ni makanan 'sejuk' dan takot kembung baby kan..tapi kalau dah lepas pantang boleh la cuba..simple dan sedap..sebab bayam ni rasanya manis kann..

3. Sawi



Satu lagi sayur hijau yang juga tersenarai sebagai makanan milk booster ialah sayur sawi..walaupon sedikit pahit tapi khasiatnya sangat banyak dan sawi juga dipercayai boleh membanyakkan susu badan. malah ibu hamil juga digalakkan untuk makan sayur sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengelakkan masalah sembelit.

4. Barli



Barli ni memang favourite saya! setiap hari memang saya pastikan minum barli ni..tak kira lah suam ke sejuk ke..Barli dipercayai dapat membantu menyejukkan badan. sama ada boleh rebus sehingga kembang dan minum airnya setelah suam..boleh juga di tambah dengan gula untuk mengelakkan rasa payau..

5. Jantung Pisang



Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu. Cicah pulak dengan air asamm...slurrppp..makan dengan nasi panas pon dah cukup untuk buat alasan menambah nasi kali ke dua! hehee

6. Longan Kering dan kurma merah



Buah longan kering dan kurma merah kering ini di katakan bersifat 'sejuk' dan baik untuk kesihatan. (Ada pendapat daripada seorang rakan lain pula menyatakan buah ini bersifat 'panas'). Ia sangat mudah didapati di kedai ubat tradisional cina, juga adakalanya terdapat di beberapa pasaraya besar. Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai 'geng geng'. Biasanya orang membeli buah yang sudah dikeringkan, dibuang kulitnya dan siap dipek di kedai ubat cina dengan kadar RM5 sebungkus, untuk tiga hingga empat kali rebusan..kalau tak sempat saya biasanya beli aje air longan kat pasaraya tu..minum ready made..hehe semua nak mudah ye tak..

dan biasanya saya suka sangat minum air chikong..terbaik sangat air ni sebab dalam ni semuaa ada..dari barli, longan kering hingga ke kurma merah tau..kalau time badan panas, rasa nak demam elok sangat minum ni..

air laicikang / cikong yang super sedap!

7. Halba atau fenugreek


Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut..Dan ada juga yang suka letakkan halba dalam masakan seharian..dan nowadays, dah banyak cookies dan minuman yang ade fenugreek dalamnya untuk tujuan merangsang dan melancarkan susu..halba mencetuskan panas badan..ada sesetangah mommies dan baby tak serasi, jadi anda patut cuba dulu sedikit untuk pastikan baby dan anda tak alah pada halba ya

halba


8. Buah Kurma



Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu..masa preggy lagi saya dah biasakan makan kurma at least 3 biji sehari..dan makin bertambah bila masuk fasa berpantang..sebab kurma ni sangat kaya dengan serat..dan sekaligus kasi kita lebih kenyang dan perot full..sehari biasa saya ambik ini 3 kali sehari..setiap kali 3 biji..lagi2 masa berpuasa..sangat membantu saya bertahan sampai ke petang..dan antara resepi yang biasa saya buat with kurma ialah..saya blend with ESP Shaklee..sedap dan sangat mengenyangkan dan beri tenaga yang instant..tak percaya? cuba lah dulu ya..

9. Betik muda

sayur betik muda masak air :)


Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

10. Susu, Horlicks dan Milo



semua air yang jenis malted drinks adalah di katakan membantu dalam merangsang pengeluaran susu ibu..dan antara yang yang memang saya minum hari2 ialah hot chochlate (tak memadan tekak ku ni kann) atau yang terbaru ni ade lah cuba vico juga..i just suka minum milo panas..masa time berpantang dulu lagi lah..lepas selesai baby directfeed atau pump, mak akan suh saya minum segelas milo panas..time berpantang memang tak kan ada time diet..semua kena makan dan minum dengan cukup..baru lah susu meriah gitu..

perbandingan Ostematrix kalsium tablet shaklee..patutlah ostematrix antara milk booster saya!
sebiji ostematrix bersamaan 80 biji badam! (badam juga adalah makanan penggalak susu tau)


dan pengambilan susu yang cukup untuk pastikan kalsium mommies mencukupi..kalsium mommies perlu extra cukup tau..sebab baby needs more kalsium dalam masa penyusuan susu ibu..dan memandangkan saya tak minum susu tepong (kalsium MORE find in susu tepon berbanding susu pekat manis tuu..susu pekat manis tak bape elok pon kalau minum kerap ok), so saya gantikan dengan Ostematrix kalsium Shaklee..saya TAK PERNAH miss kalsium tablet ni..selain untuk kalsium needs for me and my bf baby, also untuk atasi masalah letih badan dan masalah sembelit..heaven bersalin Luqman saya memang TAK ADA MASALAH SEMBELIT langsung tau! tq to Ostematrix Shaklee..heheee


11. Pil dan Supplement

selain makanan semulajadi di atas, saya turut ambik Shaklee supplement as my daily supplementary..apa yang saya ambik?? TARAAA..ini dia set MILK BOOSTER SHAKLEE

ESP + VITALEA + B COMPLEX + VITAMIN C + OSTEMATRIX + ALFALFA

ESP SOY PROTIN SHAKLEE adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Ada juga customer yang mengatakan payudara akan cepat penuh (engorge) setelah mengamalkan ESP sehingga susu terpaksa dipam walaupun baru selesai direct feeding. Ingat! Milk production memerlukan fat, water dan protein. Maka, ESP perlu ada dalam senarai milk booster supplement anda. 
Tips: Campurkan ESP bersama oatmeal atau blend bersama kurma sebagai sarapan atau snek in between meals. Ramai customer kami dari kalangan wanita bekerjaya memberikan testimonial, susu yang dipam akan lebih banyak dari biasa berbanding dengan pengambilan makanan lain ketika sarapan. Selain itu, anda juga boleh campurkan ESP dengan Mealshake Shaklee, khasiatnya akan bertambah-tambah kerana Mealshake Shaklee mengandungi banyak vitamin, mineral, serat, kalsium dan mempunyai perasa vanilla yang enak.


VITALEA atau MULTIVITAMIN pula selain melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu, ia juga mengandungi tambahan formula iron untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan iron atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan milk supply? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan iron dan nutrient lain dalam badan adalah mencukupi.


B COMPLEX di kenali sebagai vitamin anti-stress..Stress merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatka perkembangan otak bayi. 

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE adalah merupakan vitamin water soluble di mana kombinasi antara vitamin c dan b complex mampu meningkatkan penghasilan susu ibu up to a certain point. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vit-C akan meningkatkan immunity system ibu, dan pada masa yang sama akan di-pass-kan kepada bayi yang menyusu melalui breastmilk. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.


OSTEMATRIX KALSIUM amat diperlukan dalam diet harian untuk breastfeeding/nursing mothers. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita.

Akhir sekali, ALFALFA - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Tips: Campurkan tablet Alfalfa ke dalam teh halba untuk kesan peningkatan penghasilan susu ibu yang maksimum. cara saya, ambik Ostematrix dan Alfalfa bersama air suam atau minuman panas sebelom tidur, dan inshaallah biasanya breast akan cepat penuh :)

apa pon makanan yang anda makan, jika ianya merupakan makanan yang anda suka, inshaallah ianya menjadi makanan milk booster anda..tak semua individu sama..dan ingatlah, konsep breastfeeding yang betul adalah tetap sama...semakin kerap payudara anda dikosongkan, semakin kerap susu dapat di hasilkan..kerap kan pump dan kerapkan minum air masak yang mencukupi..dan badan yang sihat, cergas juga sangat membantu badan produce more milk..bayangkan jika anda penat dan less-rest..ianya akan mengundang stress dan sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang anda hasilkan..supplement juga sangat perlu for healthy you..kerana, anda bukan sahaja seorang ibu menyusu, malah ibu kepada anak2 lain, malah isteri kepada seorang suami dan mungkin juga pekerja mahupon surirumah yang perlukan kepada focus dan tenaga yang banyak dalam menjalani hidupan seharian kan?

Maka mommies semua punya pilihan iaitu : 

1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri. Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity

Make More Milk dan dalam masa yang sama, jaga lah diri anda..jadilah wanita yang serba boleh dan cemerlang dalam menjalankan apa jua tugasan seharian anda..kerana kita, WANITA dan kerana itu,DIRIMU AMAT BERHARGA..


Salam sayang,







I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in