BAHAYA cuaca panas..apa yang anda perlu tahu dan cegah?

assalamualaikum..

perasan tak..beberapa hari ni cuaca sangat panas dan bahang sangat kan..sampai kementerian kesihatan pon bagi info pada semua..jom depatkan info kenapa perlu lebih waspada pada cuaca kepanasan melampau ni..

Sumber: blog.magazinemall.in

Apa itu penyakit berkaitan kepanasan (PBK)?

PBK merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul akibat terdedah kepada cuaca panas. Antaranya, masalah ringan seperti rasa tidak selesa atau penyakit kulit seperti ruam panas (heat rash), kelesuan dan pitam akibat panas (heat exhaustion) kepada keadaan serius seperti kekejangan, kepanasan yang melampau akibat panas hingga menyebabkan ketidaksedaran. Keadaan serius ini dipanggil strok haba.


klik gambar untuk lebih jelas

Tanda-tanda PBK

  • Kulit badan dan muka menjadi kering dan kemerahan
  • Kelesuan dan kepenatan yang melampau
  • Suhu badan meningkat ketara
  • Kekejangan otot
  • Muntah dan loya
  • Sakit kepala.
  • Denyutan nadi pantas.
  • Kekeliruan hingga menjadi tidak sedarkan diri.
  • Sawan
  • Seorang pesakit yang mengalami strok haba boleh mendapat komplikasi dehidrasi yang kritikal yang jika tidak dirawat segera, seseorang yang mengalami strok haba boleh mengalami komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.


Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :

  • Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
  • Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
  • Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  • Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
  • Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
  • Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
  • Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal


Cara terbaik untuk mencegah diri kita atau ahli keluarga kita daripada komplikasi pesakit berkaitan kepanasan ini adalah dengan berwaspada dengan tanda awal PBK dan dehidrasi. Jika tanda-tanda dikesan, segeralah ambil langkah untuk melegakannya. Anda boleh minum lebih air atau menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan dengan melapkan badan dengan tuala basah ataupun mandi dengan air suam (bukan air sejuk beku). Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda strok haba (seperti nampak keliru dan tidak sedarkan diri) – segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Golongan masyarakat yang berisiko atau mudah terdedah terhadap bahaya PBK termasuklah kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun. Ini kerana golongan ini lebih sensitif terhadap kesan perubahan cuaca. Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup. Warga emas kita pula turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik.

Bagi pesakit yang menghidapi penyakit lemah jantung dan kegagalan buah pinggang, semasa musim panas ini mereka lebih cenderung minum lebih banyak air. Namun, oleh kerana masalah jantung dan buah pinggang mereka, apabila mereka lebih banyak minum air, mereka boleh mendapat masalah ‘fluid overload’ di mana paru-paru mereka dipenuhi air (acute pulmonary oedema). Maka, golongan ini perlu berhati-hati apabila mengambi lebih banyak air semasa musim panas ini.

Bagi golongan berpenyakit kronik – mereka lebih cenderung mendapat serangan penyakit dan mudah terdedah kepada wabak penyakit. Golongan bermasalah pernafasan seperti asthma dan masalah paru-paru kronik perlu mengelakkan kawasan kering, berdebu, jerebu serta mengelakkan kawasan yang sesak untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti infuenza. 

solution dengan shaklee?

PERFORMANCE DRINK 


Apa itu Performance Drink

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia sangat membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.


memang terbaik performance drink ni..favorite kami seisi keluarga..

untuk menjaga tahap kesihatan supaya kekal sihat dan tidak mudah di jangkiti sebarang wabak, adalah sangat digalakan anda mengambil supplement secara konsistent..

nak tahu apa yang terbaik untuk anda? jom pm saya..your best shaklee distributor :)

jaga diri, jaga keluarga, sentiasa berwaspada di musim wabak dan cuaca panas melampau ni ya..semoga kite semua di beri kesihatan yang terbaik dan dijauhkan dari segala penyakit dan wabak..aminn..


Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
  
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.


Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)


Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: 
"SESUNGGUHNYA seorang yang di dalam dadanya tiada Al Quran, MAKA IA BAGAIKAN RUMAH YANG KOSONG (USANG)..”(HR At-Tirmidzi)
Tentu sekali rumah sebegini tidak bernilai langsung bagi sesiapapun, apatah lagi bagi Allah SWT sebagai pemilik seluruh alam. Inilah sebesar-besar kerugian bagi orang yang langsung tidak membaca dan mengamalkan Al-Quran..... 

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran."
JADIKANLAH MEMBACA AL QURAN IBADAH HARIAN KITA... JANGAN BERLALU SATU HARI, TANPA KITA MEMBACA AL QURAN.... kerana ia adalah ibadah yang tidak ada tolok bandingnya, selain kitab yang memberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT....


salam sayang,

lagi TESTIMONI VIVIX! sanggup bergolok gadai untuk VIVIX!

vivix lagi!
testimoni kali ni dari customer setia saya..beliau berumur dah masuk 40 series tapi sangat menjaga bab kesihatan..dulu beliau ambik banyak jenis jugak tapi susah nak konsisten jadi beliau decide nak cuba vivix..lepas cuba seminggu terus jatuh cinta! antara feedback awal yang beliau beri ialah :

- tidak mudah letih, badan jadi bertenaga, fresh dan segar!
- lawas (awal-awal pengambilan vivix, badan akan mengeluarkan toksin dari badan melalui sistem perkumuhan..memang berbeza kalau ambik vivix, najis yang keluar bersama toksin tau!)

itu feedback awal..ni setelah beberapa botol repeat order vivix, beliau memang dah jatuh cinta abes..jomm baca testimoni beliau melalui whatsapp chatting saya bersama beliau..(klik gambar untuk lebih jelas)






antara feedback yang beliau beri kat atas tu..

- bab intim suami isteri (lebih intim, lebih tahan lama, lebih umphh) yang bab ni ramai dah mengakuinya..tapi kena konsisten lah kan makan ni..
- kulit putih sekata dan awet muda (makin putih katanya) ->> seriusly kakak ni bagi gambar dia..memang macam anak dara lagi wajahnya..bersih dan sangat nampak awet muda..beliau malah bagitau di puji oleh rakan anak (tak rugi melabur sedikit...kesan sangatlah marvellous!)

ni antaranya lah yang beliau kongsi..sampai beliau kata, kalau nak bergolok gadai pon sanggup asalkan dapat vivix ni..nampak tak..seriusnya dia..sebab tu masa promo hari tu, beliau grab satu set terusss..jimat banyak!

bab beri tenaga instant, memang betul..badan tak rasa letih tau..segar aje badan..seriusly siapa yang dah consistent memang setuju 200%!

di sebabkan customer saya tiada sakit serius, jadi testimoni beliau merangkumi bab kecantikan, kesihatan secara menyeluruh..al maklum, wanita..bila dah masuk 40-series, kena extra jaga..lelaki kalau dah 40-series makin beraura kan..jadi tak kan wanita nak tengok aje en suami beraura sorang..wajib lah grab vivix ni dan alami sendiri kesannya! 


jom tengok ape yang best sangat pasal vivix 


10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



Salam sayang,


VIVIX untuk Allergy Mata dan Gout

assalamualaikum..dah masuk bulan february pon tapi saya masih nak share tentang si magic portion..apa lagi..si VIVIX lah..testimoni dari customer saya..

Beliau ambik vivix untuk suami nya yang ada gout dan dirinya sendiri yang ada masalah allergy gatal-gatal mata dan untuk kesihatan menyeluruh..untuk awet muda juga kan..

genap 2 minggu lepas beliau makan vivix, saya contact untuk tahu perkembangan terkini..kalau-kalau ada healing crisis untuk saya beri advice atau untuk tahu perkembangan terkini selepas seminggu makan vivix..dan ini feedback yang beliau beri..


Testimoni Vivix untuk Gout dan Allergy


alhamdulillah, secara rumusannya, beliau beritahu suaminya dah susut bengkak goutnya..since suaminya tidak berpantang makan, jadi kerap kena bengkak sendi dan kaki akibat pengambilan protin yang berlebihan dan makanan yang tidak di kawal..semenjak makan vivix, suaminya dah semakin serasi..dan untuk beliau yang ada masalah allergy mata, semenjak ambik vivix, tiada lagi masalah berikut..beliau mengalami allergy dengan seafood dahulu..dan mereka suami isteri rasa badan lebih bertenga..syukur ya Allah izinkan vivix serasi untuk mereka semua..

sebelom tamat promo vivix hari tu, sempat mereka order sebotol lagi untuk stok mereka sekeluarga..

alhamdulillah..

jom saya kongsikan beberapa tanda-tanda Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


untuk pesakit gout, antara makanan yang perlu di elakkan ialah :


  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin


jaga kesihatan, jaga makan, makan yang berkhasiat dan ambillah supplement untuk keperluan seharian anda..melabur sedikit untuk kesihatan anda dan yang tersayang, lebih sweet gitu..

baca dan kenali penyakit lebih banyak tentang GOUT di SINI
lebih banyak tentang VIVIX? KLIK AJE DI SINI

belom mencuba VIVIX? anda patut mencuba SEKARANG!

Salam sayang,


 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in