salam..dalam musim panas hujan ni, memang cuaca dah tak menentu dan kesihatan semua org pon dah up and down..lg2 i kecil kan..kerana mereka lebih terdedah dgn perubahan cuaca (ke taska, main dgn kawan2, bercampur dgn mereka yg tak sihat dan lain-lain)..dan selalunya ibu2 bimbang bila anak mereka dah start dapat fever..and dah mula gelabah bila temperature dah cecah 38-39'C..
Sebenarnya you all tau tak being to dependent on medicine pun tak berapa bagus….. because it has a lot of side effects…disini saya kongsikan beberapa petua dari kak Norita cara menangani anak demam, flu atau batuk..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
- Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
- Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
- Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
- Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
- Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Tips Doktor Fairuz : kalo anak sihat sekali pun buat tepukan perlahan 11 kali di belakang and 11 kali di dada.(Tips: jangan guna tapak tangan sebaliknya buat seperti lohong macam dalam pic). Insyallah dada dia sentasa akan clear..
Make sure ur tapak tangan macam nie before tepuk belakang anak ye.. |
jadi, cuba amalkan dan anda akan nampak kesannya pada si kecil anda..insyaAllah, doa ibu bapa selalunya akan dimakbulkan Allah..moga, anak2 kita sentiasa dlm keadaan sihat, cergas dan ceria agar mereka dpt mengharungi fasa-fasa dlm hidup mereka dgn berjaya..insyaallah :)