perasan tak..beberapa hari ni cuaca sangat panas dan bahang sangat kan..sampai kementerian kesihatan pon bagi info pada semua..jom depatkan info kenapa perlu lebih waspada pada cuaca kepanasan melampau ni..
Apa itu penyakit berkaitan kepanasan (PBK)?
PBK merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul akibat terdedah kepada cuaca panas. Antaranya, masalah ringan seperti rasa tidak selesa atau penyakit kulit seperti ruam panas (heat rash), kelesuan dan pitam akibat panas (heat exhaustion) kepada keadaan serius seperti kekejangan, kepanasan yang melampau akibat panas hingga menyebabkan ketidaksedaran. Keadaan serius ini dipanggil strok haba.
klik gambar untuk lebih jelas |
Tanda-tanda PBK
- Kulit badan dan muka menjadi kering dan kemerahan
- Kelesuan dan kepenatan yang melampau
- Suhu badan meningkat ketara
- Kekejangan otot
- Muntah dan loya
- Sakit kepala.
- Denyutan nadi pantas.
- Kekeliruan hingga menjadi tidak sedarkan diri.
- Sawan
- Seorang pesakit yang mengalami strok haba boleh mendapat komplikasi dehidrasi yang kritikal yang jika tidak dirawat segera, seseorang yang mengalami strok haba boleh mengalami komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.
Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :
- Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
- Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
- Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
- Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
- Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
- Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
- Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
- Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
- Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
- Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
- Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal
Cara terbaik untuk mencegah diri kita atau ahli keluarga kita daripada komplikasi pesakit berkaitan kepanasan ini adalah dengan berwaspada dengan tanda awal PBK dan dehidrasi. Jika tanda-tanda dikesan, segeralah ambil langkah untuk melegakannya. Anda boleh minum lebih air atau menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan dengan melapkan badan dengan tuala basah ataupun mandi dengan air suam (bukan air sejuk beku). Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda strok haba (seperti nampak keliru dan tidak sedarkan diri) – segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Golongan masyarakat yang berisiko atau mudah terdedah terhadap bahaya PBK termasuklah kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun. Ini kerana golongan ini lebih sensitif terhadap kesan perubahan cuaca. Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup. Warga emas kita pula turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik.
Bagi golongan berpenyakit kronik – mereka lebih cenderung mendapat serangan penyakit dan mudah terdedah kepada wabak penyakit. Golongan bermasalah pernafasan seperti asthma dan masalah paru-paru kronik perlu mengelakkan kawasan kering, berdebu, jerebu serta mengelakkan kawasan yang sesak untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti infuenza.
PERFORMANCE DRINK
Apa itu Performance Drink
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia sangat membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
memang terbaik performance drink ni..favorite kami seisi keluarga..
untuk menjaga tahap kesihatan supaya kekal sihat dan tidak mudah di jangkiti sebarang wabak, adalah sangat digalakan anda mengambil supplement secara konsistent..
nak tahu apa yang terbaik untuk anda? jom pm saya..your best shaklee distributor :)
jaga diri, jaga keluarga, sentiasa berwaspada di musim wabak dan cuaca panas melampau ni ya..semoga kite semua di beri kesihatan yang terbaik dan dijauhkan dari segala penyakit dan wabak..aminn..