Apa itu ASTHMA?

saya masih dlm mood nak cerita tntg Asthma..sbb nye..sbb saya juga penghidap asthma..dan bila saya share ttg asthma, saya juga bole memberi lebih pemahaman kpd diri saya ttg penyakit asthma itu sendiri..jom baca article yg saya dpt kongsikan berkaitan asthma..


 

PENYAKIT ASMA

Dulunya, jika saya diberi pilihan untuk menentukan keseriusan antara dua jenis penyakit, iaitu serangan jantung dan serangan asma, saya pasti akan memilih serangan penyakit jantung. Saya berpendapat bahawa serangan jantung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kematian jika dibandingkan dengan serangan asma yang akut.


Hakikatnya, membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut

Pakar Perunding Pulmonari dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia/Global Initiave For Asthma (WHO/GINA), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, pandangan yang mengatakan asma adalah penyakit kronik yang tidak mengakibatkan kematian menyebabkan sebahagian besar pesakit asma tidak mengawal penyakit mereka dengan baik. Menurut beliau, kebanyakan penghidap asma hanya mendapatkan rawatan apabila terkena serangan atau menghadapi gejala seperti nafas berbunyi atau sesak nafas. ``Biasanya pesakit yang mendapat serangan asma akut akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan di mana mereka akan dirawat. Rawatan ini akan mengurangkan gejala sesak nafas tetapi ia tidak dapat merawat masalah asma sepenuhnya,'' ujarnya. Amalan rawatan seperti itu menyebabkan ramai di kalangan penghidap asma tidak dapat mengawal penyakit yang mereka hidapi.


Asma atau juga dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik. Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang. Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru. Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.
Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang.

 

Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari. Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.``Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung.


"Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma," katanya.


Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan. Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.


Tahap keseriusan penyakit asma yang dihidapi boleh dikenal pasti melalui gejala- gejala yang dialami pesakit. Ia diukur dengan menggunakan alat aliran puncak. ``Setelah mengetahui tahap penyakit itu, jenis ubat dan dos yang perlu diambil dapat ditentukan oleh doktor,'' katanya. ``Apabila serangan berlaku, pesakit perlu mengambil ubat sedutan biru bronchodilator yang dapat membantu mengembangkan semula otot-otot yang mengecut. ``Ubat ini dapat membantu menghilangkan gejala sesak nafas dan nafas berbunyi,'' jelasnya. Bagaimanapun, walaupun ubat itu diberi pembengkakan pada saluran pernafasan masih ada. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, serangan akan berulang.


Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat sedutan steroid berwarna coklat untuk mengurangkan pembengkakan pada otot paru-paru.


Menurut Dr. Jeyaindran, banyak pesakit hanya mengambil ubat-ubatan apabila mereka mengalami gejala asma sedangkan penghidap asma memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bukan cuma ketika berlaku serangan asma akut.
Dalam rawatan, jika keadaan pesakit kurang serius, dos ubat-ubatan boleh dikurangkan atas nasihat doktor.
Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua di Malaysia pada 1996 mendapati 4.2 peratus penduduk negara ini menghidap asma.


Kajian itu juga mendedahkan penyakit asma lebih tinggi di kalangan penduduk bandar (4.5 peratus) berbanding penduduk luar bandar (4.0 peratus). ``Daripada jumlah itu, 89.1 peratus menghidap asma yang ringan, 8.8 peratus asma yang sederhana, manakala 2.1 peratus asma yang serius. ``Jika dibandingkan dengan gejala di Eropah, penyakit asma di sana agak tinggi serius,'' jelas Dr. Jeyaindran. Walaupun hanya 2.1 peratus pesakit asma dikategorikan pada tahap yang serius, secara purata pesakit asma mendapat serangan sebanyak 14 kali dalam setahun.


Setiap serangan berterusan selama empat hari. Dalam tempoh itu, pesakit tidak akan bekerja atau ke sekolah selama dua hari. Ini menunjukkan kawalan asma tidak begitu memuaskan. Berdasarkan garis panduan GINA, asma dianggap terkawal apabila:
  • Pesakit tidak menghadapi gejala-gejala kronik
  • Pesakit tidak mendapat serangan akut
  • Tidak memerlukan bronchodilator
  • Dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa masalah.


Gejala
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.


Punca Asma
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.


Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.



Menguji tahap asma
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
  • Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
  • Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?


Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal. Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.

Dan bg mereka yg mempunyai asthma atau bronkitis atau gejala asthma yg lain speperti sinus, resdung mahupon eczema, kami di euphoria mempunyai suggestion yg boleh anda pertimbangkan utk meminimakan sekurang-kurangnya simptom dan menyembuhkan gejala-gejala asthma..

utk org dewasa :

1- vitamin c+b complex+alfalfa
2- resdung, asthma, alfalfa + ESP + omega guard

* kebaikan dlm vitamin c+b complex+alfalfa, Vitamin C: ianya sebagai antioksidan yang baik. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang. B complex pula lebih bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon manakala Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri, ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung, allergic dan gegata.(Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka).


utk kanak2 :

 

1- meal shake shaklee + omega guard + chewable vitamin C
(testimoni Pn Lia merawat bronkitis dan asthma anaknya sejak lahir - disini)



jika berminat, jom hubungi saya ye..jangan biarkan masalah asthma mengganggu hidup anda dan keluarga anda..mencegah lebih baik dari mengubati :)



PROMOTION JAN 2013 : ADVANCED JOINT TABLET (AJT) PROMO PEMBUKAAN TAHUN BARU YG TERBAIK UTK KESIHATAN TERBAIK IBU DAN AYAH!

ASSALAMUALAIKUM

salam tahun baru pd semua pembaca blog (ecehh mcm ramai aje pembaca kan kann)..sebelom nak kongsi cerita, nak kongsi dengan semua..jeng jeng..mcm biasa...ramai customer tanye..ape promo bulan ni ye..haa...ni nak bgtau..secara officialnyaaa..promo bulan JAN 2013 ialahh...


yeahhhh..ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJT)..saya mmg sukeee...sbb ini antara favourite supplement mak ayah dan mertua saya..ini antara product baru yg Shaklee lancarkan last year..the best yet sbb ia bg kesan yg cepat dengan jaminan seawal 5 hari...best kann kann..


haaa..tu diaaa...terang lg bersuluh...AJT mampu atasi masalah sakit sendi dengan berkesan! 

Sakit sendi tu macam mana?


Bila anda berdiri dan jalan lama-lama, anda sakit lutut...?

kalau solat, nak rukuk atau sujud, lutut anda sakit..?

Kalau anda mengalami masalah-masalah tersebut, maknanya anda sakit sendi..

Tanpa sendi yang sihat, aktiviti biasa seperti membongkok, duduk,dan berjalan semua akan menjadi lebih mencabar. Ini kerana sendi berkhidmat sebagai hubungan antara tulang yang memberikan kestabilan dan kawalan pergerakan badan. Rawan merupakan komponen penting sendi yang menyediakan kusyen di antara tulang dan membantu menyerap kejutan daripada kesan fizikal. Semakin tua, kusyen pelindung rosak secara semula jadi. Faktor-faktor tambahan seperti fizikal yang berterusan tekanan dan terlalu keras boleh mempercepatkan lagi pecahan rawan dengan mencetuskan pelepasan bahan kimia yang menyerang rawan. Hasilnya? Ketidakselesaan sendi dan pergerakan terhad.

Kalau sakit sendi nak buat apa..?

Senang je, Shaklee ada mengeluarkan satu rumusan khas yang dipanggil Advanced Joint Health Tablet (secara ringkasnya AJHT)....Apa itu..?

Vitamin tablet untuk kesihatan sendi agar anda kekal cergas bergerak sepanjang tahun ini...

Bagaimana ia berkesan?

Shaklee Advanced Joint health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:

1- Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : 

-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2- Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak jagung :


- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

3- memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Sepanjang Bulan Januari ini..Jom dapatkan Shaklee Advance Joijnt Health Tablet dengan promis Beli 6 percuma 1...



Ini masanya untuk kita hadiahkan kepada ibu ayah..atok..nenek..kongsi beli dengan kawan2...malah untuk sendiri juga..menarik bukan??


saya sgt2 suggest supaya anda ambik AJT ini bersama OSTEMATRIX DAN OMEGA utk kesan lbh optimum..berbaloi2 bak kata org...tak de yg lebih berharga selain melihat mak ayah tersyg lebih sihat dlm hidup seharian..

mcm biasa...mesti ada testimoni kann...


Jemput baca testimoni pengalaman Pn Alin...(sumber: from her blog)....
"...Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yg tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi ler sakit sendi lutut,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki,sakit sendi bahu,sakit sendi siku..Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! kini saya hadiahkan juga kepada mak & ayah saya, nenek-nenek saya........


Okey.. itu dia testimoni Puan Alin. malah Shaklee juga claim yang pengguna dah bole rasa kesan seawal 5hari selepas mengambil Joint tablet.. so berbaloi beli.. belikan samada utk diri sendiri atau utk parents yg sering mengadu sakit2 sendi...Nanti saya share lagi detail tentang Joint tablet ni...Contact saya utk sebarang pesanan dan pertanyaan.. trust me..mmg berbaloi beli..Okeyla.. have a nice day ahead






 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in