Ketahui Power Pumping - teknik yg berkesan meningkatkan penghasilan susu

Ibu2 pastinya tercari-cari teknik yang paling berkesan untuk menambah susu.. Jom kita baca tentang teknik berkesan POWER PUMPING.. daripada Shared DOC GROUP KUMPULAN IBU MENYUSUKAN..


Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

 
Siapa yang perlukan Power Pumping?
 
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Teknik Power Pumping

- Letakkan pam payudara di lokasi yang sesuai di rumah anda, tempat yang sering anda akan melewati dan di mana anda akan selesa duduk atau berdiri.
 
- Setiap kali anda melewati pam, gunakannya untuk lima hingga sepuluh minit atau lebih. Berhenti ketika anda mulai merasa "gelisah" atau tak best. Anda boleh mengepam sekerap setiap 45 minit; mengepam lebih kerap daripada ini mungkin tidak membantu.

 
- Tidak perlu untuk menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci pam pada setiap kali. Anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama dan menggunakan pam yang sama selama empat hingga enam jam, bergantung pada suhu di rumah anda (rumah lebih hangat akan memerlukan pendinginan lebih kerap dan pembersihan). Selepas ini bolehlah mengambil susu untuk disimpan ke dalam peti ais, cuci pam, dan mula sesi untuk empat hingga enam jam berikutnya.

 
- Target untuk mengepam sekurang-kurangnya sepuluh kali setiap hari.

 
- Cuba untuk mendapatkan tidur siang seketika dan 4-6 jam tidur berterusan di malam hari. Jangan bangun khusus untuk pam, tetapi jika bayi terbangun,  anda boleh cuba untuk mendapatkan sesi mengepam seketika sebelum anda tidur semula, jika anda boleh.
 


Macam mana power pumping ni?


1. Double Pumping :10 minit pump, 10 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
2. Single Pumping : 10 minit pump kiri, 10 minit kanan dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
3. Hyperstimulation15minit pump, 15 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga 1-2jam
.

 

Bila dapat hasil dan nampak perubahan selepas power pumping?

Bergantung pada individu. Walaupun pada peringkat awal, hanya setitik dua, ibu haruslah meneruskan rutin. InsyaAllah, hasil akan nampak selepas 1 atau 2 minggu. Power pumping boleh dilakukan setiap hari, seminggu sekali atau 2 kali seminggu.


Selain power pumping, ibu di atas turut mengamalkan 
supplement Shaklee dan banyak minum air. Jangan lupa untuk mendekatkan diri dengan Pencipta kerana Dia yang mengatur segalanya.


I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in