10 tips Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

assalamualaikum

alhamdulillah, hari ni imam muda saya, Luqman berusia setahun 3 bulan..kejap aje..pejam celik..pejam celik..dan alhamdulillah, saya masih Allah kurniakan rezeki menyusukan anak manja ni sepenuhnya dengan susu ibu..dan saya bertekad nak susukan Luqman sampai usia dia 2 tahun..semuanya dengan tekad yang kuat dan sokongan orang tersayang sekeliling kita..walaupon masa kakak Wiyah dulu saya hanya dapat menyusukan hingga usia 7 bulan dan itu pon awal-awal dah campur dengan susu formula..memang sedih kan..tapi itu tak bermaksud kita tak boleh nak susukan anak yang kemudiannya..

nanti saya cerita macam mana perjalanan penyusuan Luqman..sebab hari ni saya nak share topik yang best..saya nak kongsikan tips penyusuan susu ibu yang berjaya..sumber disini


Happy Breastfeeding

1) Berazam dan niat sejak mengandung lagi yang anda mahu menyusukan bayi anda secara eksklusif sehingga 6 bulan dan kemudian secara sepenuhnya hingga berumur 2 tahun

2) Banyakkan membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu yang betul, teknik pump,jenis pump yang sesuai dengan budget anda dan keperluan sampingan lain seperti cooler bag, plastic storage, bottle warmer dan lain (ini penting bagi ibu yang akan pump stok susu)

3) Semasa mengandung terutamanya buat ibu yang beranak sulung, amalkan petua ini :

Memasuki Trimester ke-3, cuci puting payudaraanda setiap malam bagi membuang kotoran di lubang susu. Sapu minyak (baby oil) dan gentel puting anda.

Buat ibu yang ada ‘inverted nipple’ atau puting tidak timbul, amalan di atas adalah wajib supaya puting tidak tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menghisap sebaik lahir nanti.

Memasuki Trimester ke-3, amalkan mengurut payudaraanda setiap malam untuk merangsan penghasilan susu. Cara: picit sedikit di bahagian atas payudara dan urutkan perlahan ke bawah menuju ke puting.

Rata-rata ibu akan mengalami masalah susu tidak keluar di hari pertama. Petuanya sebulan sebelum bersalin, amalkan pam 3x sehari selama 10 minit untuk rangsang pengeluaran susu.

4) Selepas bersalin, terus berikan bayi anda susu badankerana bayi anda perlukan ‘colostrum’

Colostrum adalah susu awal yang biasanya berwarna kekuningan yang penuh dengan antibodi yang bayi perlukan.

Tidak perlu tunggu bayi anda dibersihkan. Pesan kepada jururawat untuk memberikan bayi anda untuk disusukan sebaik bersalin.

5) Tujuh hari pertama kelahiran adalah penting untuk anda memberi susu badan secara terus (bayi terus hisap dari payudara).

Elakkan pump dan penggunaan botol susu kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.

6) Sebarang susu formula dan air kosong adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyusuan.

Pemberian susu formula mengakibatkan perlbagai masalah seperti cirit-birit dan ekzema serta menjadi punca utama obesiti.

Amalan memberi air kosong akan mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan, kekurangan nutrisi, merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa bayi , merendahkan suhu badan bayi, akibatkan kembung perut dan sawan tarik.

7) Lazimnya ibu muda yang beranak sulung pasti menghadapi masalah susu tidak keluar beberapa hari pertama. Usah risau kerana perut bayi hanya sebesar kacang peas. Berikan susu ibu sekerap yang bolehdan insyaAllah pemberian secara kerap akan melancarkan pengaliran susu apabila memasuki hari ke-2 atau ke-3.

8) Penyusuan mengikut jadual dilarang sama sekali. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuan bayi (on-demand).

Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau dia membuat pergerakan seperti menghisap.

9) Mulakan sesi pump seawal 2 minggu selepas bersalinsupaya anda boleh menyediakan bekalan susu secukupnya apabila masuk kerja nanti.

10) Dapatkan sokongan keluarga terdekat terutamanya suami. Apabila susu tidak keluar anda pasti panik dan sedih lebih-lebih lagi apabila bayi mula menangis. Dalam keadaan panik dan tertekan, penghasilan susu lebih mudah terganggu.

Minta ahli keluarga pujuk bayi dahulu

Peranan suami pula tenangkan isteri anda dan beri dorongan serta kata-kata semangat bahawa isteri anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif.

Semoga tips-tips yang saya kongsikan di atas membantu bakal ibu lebih bersedia dalam merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak secara eksklsuif.

Buat bakal ibu, persediaan secara mental dan fizikal amat penting dalam menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu. Dan jangan lupa nutrisi ibu juga amat penting dalam proses penghasilan susu. Sebab itu ibu mengandung dibekalkan prenatal vitamin. Buat ibu hamil, saya galakkan anda mengamalkan produk ESP kami bagi membantu mempersiapkan badan anda untuk proses penyusuan eksklusif yang lancar kelak.

ESP


Apa khasiat ESP?

Buat ibu mengandung, ESP menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu serta membekalkan tenaga buat badan ibu
ESP mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan eksklusif yang lancar selepas bersalin

Buat ibu menyusu, ESP bertindak sebagai milk-booster untuk meningkatkan serta mempercepatkan penghasilan susu.
ESP menjadikan susu lebih pekat dan bayi cepat kenyang.
ESP menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik, halus dan gebu
Untuk ketahui lebih banyak khasiat ESP, klik sini

dan ini cadangan supplement untuk bantu ibu menyusu..konsepnya sama, more demand more milk..tapi supplement membantu badan kita ibu-ibu untuk lebih sihat dan badan yang sihat membantu penghasilan susu dengan lebih lancar..dan ini lah antara set penyusuan yang saya ambil sehingga sekarang dan alhamdulillah ianya sangat membantu..


jom tengok sedikit testimoni baru mereka yang dah berjaya dalam penyusuan ibu ini..moga ianya jadi penyuntik semangat untuk lebih ramai ibu di luar untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu hingga anak berusia 2 tahun



jika anda punya masalah penyusuan, hubungi saya..inshaallah dengan ilmu yang sedikit yang saya ada ini saya nak bantu anda semua..

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

salam sayang,
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in