Salam..jumaat datang lagi..moga2 penuh dengan barakah, penuh dengan limpahan rahmatNYA..hari ni saya nak kongsi satu article yg saya baca masa blogwalking..sesuatu tentang sabar..renung2kan..
Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah..."
Firman Allah Ta'ala:
" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).
Kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji. Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian...

Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan....dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan...dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita. Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan. Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah...Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan.
Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin...di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah. Dan berpeganglah kepada ayat ini...walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA...Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab.S esungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita....Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.
sesungguhnya, Allah ialah sebaik2 pertolongan dan perlindungan..jadi masa kita ditimpa ujian dan musibah, sama2 kita muhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kita pdNYA kerana Allah itu sentiasa bersama org yg sabar dan tawakal pdNYA..
Moga-moga kita tergolong dari golongan yg sabar, soleh dan solehah dan menjadi hamba yg beriman hingga ke hujung nafas kita, dunia dan akhirat..aminnn..