rahsia SENYUMAN

senyum seindah suria,
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

amboi..pagi-pagi dah menyanyi..alhamdulillah, pada yang tak tau, senyuman di pagi hari merangsang mood bahagia, hepi dan yang gembira sahaja tau pada kita..akibatnya? seharian ni nanti apa yang kita buat inshaallah smooth aje..tak percaya? cuba senyum sket :)



ok, nak share 5 rahsia senyummmm..jom tengok..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang
 Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.
(2) Mempengaruhi minda separa sedar
Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.
(3) Mempengaruhi orang lain
Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu
Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka
 Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.


korang pernah tak jumpa seseorang ni..kalau dia senyum, buat hati kita rasa lapang..rasa sejukk hati..memang nampak ikhlas senyuman dia..dari hati..ecehhh..serius..kata pakar motivasi, kalau anda pernah jumpa orang begini atau jika dia di kalangan yang rapat dengan kamu, jangan lepaskan dia!sebab orang begini punya aura positip yang sangat kuat, dan mampu menarik ramai orang 'melekat' pada dia..

Orang yang ada aura positif dalam diri dia, akan lebih buat kita rasa rilex ja dengan dia. Kalau kita tengah serabut, cuba berdamping dengan orang yang macam ni. Pendek kata, dia tu macam penenang bagi kita. Bukan pelali tau.hahaha

jom train diri kite supaya menjadi orang yang begitu..practice dari senyuman yang ikhlas dan dari hati dan sulami dengan hati yang sentiasa mengingati Allah..subhanaAllah, indah bukan?


alhamdulillah...ini orang-orang yang buat saya tersenyum setiap pagi..orang-orang yang bertindak sebagai penenang pada saya..tq ALLAH



salam sayang,
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in