RAHSIA solat dhuha..jom istiqamah ber-dhuha

assalamualaikum

pagi2 macam biasa, hantar Wiyah ke school, g breakfast then baru anto Luqman ke umah mak..then baru lah ke opis..hari ni semangat nak share tentang rahsia solat dhuha..solat dhuha ni lamaaa dah mak suruh saya buat..before saya join Shaklee lagi..mak abah memang tak pernah tinggal solat dhuha ni..mybe sebab tu saya tengok mak sentiasa 'ada' di saat tak berapa senang sekalipon..kalau dia nak ape2, alhamdulillah memang mudah..mungkin salah satu amalannya ialah solat dhuha..dan alhamdulillah, since bershaklee, saya dapat istiqamah berdhuha..memula mungkin buat sebab nak dapat itu ini..tp lama2, kite akan buat kerana Dia, si pemberi rezeki, ya kerana Allah Taala..


hasil blogwalking semalam, ade entry pasal rahsia solat dhuha ni..saya share di sini beberapa rahsia dari beberapa blog ya..



Manfaat Solat Dhuha

Adapun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Masa ber-dhuha?

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari.


Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”


Cara Perlaksanaan Solat Dhuha

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam

Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:


Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”.

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Pengalaman Pengamal Solat Dhuha

saya kongsikan cerita menarik ini untuk tatapan anda yang saya ambil petikannya di sini..moga membuka hati kite untuk kuat semangat menunaikan Dhuha kerana Allah Taala jua

---------------------------------------------

Saya ingin berkongsi tentang amalan saya dan saya tidak mempunyai niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk apabila menceritakan rahsia solat dhuha berdasarkan pengalaman saya ini.
Sejak sekolah, saya hanya tahu solah sunat rawatib, tarawih dan witir. Itu sahaja. Zaman universiti pun sama sahaja, sangat liat untuk mengerjakan solat sunat. Cukuplah solat fardu. Itupun subuh selalu tersasar dari waktunya.
Tetapi, semasa saya mula latihan industri/ praktikal di sebuah syarikat swasta, saya telah menanam azam yang tinggi untuk mengerjakan solat sunat dhuha dan taubat setiap hari. Pada masa itu, saya mahu berkahwin. Saya mula menyuarakan kepada ibu bapa saya yang saya mahu berkahwin walaupun tidak bekerja lagi. Ibu bapa saya pun runsing juga.
Tapi, saya kuatkan amalan agama saya seperti memperbanyakkan solat sunat, baca alquran, baca yassin setiap hari dan berzikir.
Akhirnya setelah 4 bulan menjalani praktikal, saya kahwin. Saya juga dapat pekerjaan di syarikat yang sama semasa praktikal. Rezeki alhamdulillah.
Syukur pada Allah, sampai sekarang masih dilapangkan masa untuk mengerjakan solat dhuha. Rasanya sudah lebih dua tahun saya cuba istiqamah menunaikan solat sunat ini.Saya selalu buat 2 rakaat dan kadang-kadang 4 rakaat. Itupun ada yang tertinggal sehari atau dua hari disebabkan hal-hal tertentu. Tapi hati ini terasa berat apabila meninggalkan solat ini.
Pernah suatu ketika, saya mahu mencari rumah sewa di Rembau, tengok dekat mudah.my tidak ada yang iklankan rumah untuk disewa. Saya pergi ke masjid pada hari Sabtu pukul 8 pagi, menunaikan solat ini sebanyak 4 rakaat. Rakaat pertama saya baca surah ayatul-qursi 11 kali, dan rakaat kedua surah al-ikhlas 11 kali. selepas itu saya berdoa agar dapat jumpa rumah untuk disewa.
Memang betul, saya pergi round di sekeliling taman perumahan dan bertanya kepada makcik yang sedang mencangkul depan rumahnya. Makcik tu kata, rumah depannya itu baru sahaja keluar dua hari yang lalu dan saya dapat menghubungi tuan rumah tersebut untuk bertanya pasal harga sewa.
Selang sejam lepas itu, isteri saya mengatakan ada kawan dia mahu berpindah, dan saya bolehlah menyambung sewa di rumah kawan itu. Memang sungguh ajaib ketika itu, macam mudah sahaja dapat rumah sewa.
Sebenarnya banyak lagi rezeki yang Tuhan bagi. Lelagi dapat menyuapkan nasi ke mulut. Setiap kali suap, terasa nikmat syukur dapat makan dengan baik. Kalau kena ulser mulut, tergigit lidah ke, tangan luka ke, mesti kurangnya nikmat makan itu. Alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki makan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menanam azam menunaikan solat dhuha setiap hari. Tunaikan seikhlas mungkin. Dan berdoalah kepada tuhan untuk memohon rezeki dengan ayat ini:
Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkan ia,
jika rezekiku di dalam bumi, keluarkan ia,
jika rezekiku jauh, dekatkan ia,
jika rezekiku susah, mudahkanlah ia,
jika rezekiku haram, sucikan ia.
Tunaikanlah pada setiap hari, sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang
… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

selamat beramal 

I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in