assalamualaikum
alhamdulillah, hari ni saya nak cerita kisah anak buah dalam team OTG. Beliau merupakan full time worker, jadinya beliau buat Shaklee secara part time. Dan alhamdulillah, sejak dia jadi leader, belom bonus beliau maintain 4 angka. Berkat konsistency dan kesabarannya bertahan dalam biz ni. Semuanya dek kerana minat dan sayang pada product Shaklee.
Jom sama2 baca kisah kejayaan Cik Puan Nana
Cerita Nana
Assalammualaikum.
Masa mama saya, Aishah Rahim minta buat perkongsian saya dan shaklee, saya terkejut. Terasa kerdil je diri ni kalau nak banding dengan orang lain. Tapi, on the bright side, saya hanya mahu berkongsi supaya anda yang membaca bersemangat & percaya pada diri.
Saya bermula berjinak dengan Shaklee sejak saya lahirkan anak ke-dua.
Mulanya saya hanya pembaca setia blog kak Aishah Rahim. Macam-macam petua saya belajar dari blog tu, petua nak meneran, cara-cara handle EBM, dan kemuncaknya tentang Shaklee.
Saya bermula dengan Breastfeeding. Saya ni jenis pemalas gila makan ubat. Tapi kerana nekad nak sangat anak ke-2 ni breastfeed (dan nak cut cost), saya bulatkan hati makan vitamin Shaklee. Trial sebulan tu, saya makan berbulan-bulan, kerana tak cukup duit & tak suka telan tablet.
Kami suami isteri berpendapatan biasa sahaja. Memang orang biasa-biasa. Yang akan pening bila tiba pertengahan bulan & susah hati tunggu hujung bulan. Yang sanggup redah jalan dengan kereta tak ada road tax, tak servis. Pertaruhkan jugak nyawa pergi kerja. Terpaksa ikat perut semata-mata nak beli susu anak, let go barang kemas.. Allah, memang perit kalau dikenang. Tak ada pilihan lain. Orang biasa-biasa sahaja. Belum lagi jadi bahan fitnah kerana tak mampu.. Tapi nekad saya Cuma satu, walau susah camane pun.. Saya akan elak sangat-sangat meminjam ibubapa/adik beradik atau saudara mara. Tak suka.
Letih rasanya jadi biasa-biasa. Sebab masa tu anak dah 2. Saya nekad nak join Shaklee. Dari December 2012 lagi dah berniat, tapi terpaksa saya tangguh sebab tak berani, takut rugi, malu, takut ditipu, takut orang mengata, tak cukup duit, kurang support dan sebagainya. March 2013 baru saya terbuka hati join Shaklee. Itupun ambil masa sebab ada masalah transfer duit dan sebagainya. Hampir putus asa nak join tapi akhirnya Berjaya jugak letakkan sebelah kaki nak ubah hidup..
Langkah pertama
Langkah saya bermula masa saya takda handphone canggih yang ada whatsapp semua tu. So, apa saya buat? Saya korek segala info dalam file group facebook. Saya add kak Beeha Yunos (tanpa tahu dia adalah upline kepada upline saya). Saya add Master Cery (pun tak tau apa hubungan dorang ni).. Saya belek fb mereka.. dan saya belajar sendiri. Saya baca n hadamkan file-file yang ada. Saya buat nota dalam excel, buat summary untuk segala penyakit. Itu sahaja sumber saya masa tu.
Saya buang semua perasaan-perasaan negative dalam diri. Malu, takut, segan, malas. BUANG TERUS! Sedikit-sedikit saya gain knowledge dan terus belajar. Dalam pada blur-blur tak tahu apa-apa, ada jugak yang nak join jadi downline saya, Nasuha. Dari dia, saya semakin dapat mantapkan knowledge.. Sebab dah ada downline kan? Malu lah kalau anak tanya, mak tak tahu jawab. Saya ni pula jenis tak reti sabar.. Tak boleh menunggu lama, jadi rimas. So saya belajarlah sendiri sebab nak kene ajar anak.
Rahsia berjaya naik dalam Shaklee
Kalau nak diceritakan suka duka, rasanya 7 hari 7 malam pun tak sudah ni. Apa yang saya amalkan secara ringkasnya ialah;
1. Target – Setiap bulan mesti renew target. Mesti submit Target pada mak.
2. Consistency – Buat apa pun wajib konsisten. Sharing konsisten, amalan konsisten, RCA konsisten.. Insyaallah perjalanan akan jadi mudah
3. Motivasi – kerapkan membaca kisah-kisah motivasi. Terutama bila rasa down. Secara automatic, kita akan dimotivasikan sekali.
4. Restu suami & parents – Tak perlu kisahkan orang mengata, yang penting restu dari orang-orang yang penting ni, sebab bila kita susah, mereka nil ah yang bersama dengan kita.
5. Percaya – Percaya yang satu hari nanti saya pasti akan Berjaya, percaya yang Allah sentiasa bersama saya, sayangkan saya dan akan aturkan yang terbaik untuk saya.
6. Push Factor – Cari push factor masing-masing. Penting sangat push factor ni untuk pastikan kita dimotivasikan untuk terus berdiri kuat.
Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang penglibatan saya dengan Shaklee ialah, kita mesti berani mimpikan apa yang kita nak. Jangan takut nak tulis impian-impian kita. Jangan takut jatuh. Shaklee adalah bisnes yang selamat, tak ada risiko. Kita buat, kita dapat. Kita malas, tak dapatlah.. Konsep mudah. Shaklee ni mudah.. Kalau kita rajin, increament setiap bulan tu akan berdouble-double! Percaya dengan diri, dan jangan takut dengan impian sendiri.
Suka duka dari distributor biasa ke Coordinator ini saya coretkan sedikit sebanyak kat sini, mudah-mudahan dapat jadi pembakar semangat yang membaca. Insyaallah saya sambung cerita selepas menjejakkan kaki ke tangga Master Coordinator. Amin.
Gambar-gambar sepanjang bershaklee
|
Bersama downline2 menghadiri seminar Shaklee |
|
Bersama Upline dan side line di kelas coaching by Master Beeha di KL |
|
National Conference Shaklee - bersama side line dan downline :) |
|
NC Shaklee |
|
Majestic diner NC 2015 |
NANA
Terima kasih Nana atas perkongsian, Saya sentiasa punya kepercayaan kuat pada Nana dan Team Nana. Saya percaya beliau akan buat come back bersama team2 dan akan melangkah jauh lagi dalam Shaklee. Segalanya bukan mustahil jika kita pegang pada kunci kejayaan tu kan. Lebih banyak leader akan lahir di bawah team Nana sebab sesibuk mana pon Nana tetap konsistent dan jadikan semua halangan menjadi push factor bertahan dan mendaki dalam biz Shaklee.
Bagi mereka yang nak kenal2 dengan Nana dan nak berada di bawah team Nana, boleh contac beliau sendiri.
Jika anda ingin melakar kejayaan seperti Nana dan ada impian yang besar utnuk merubah hidup anda atau mahu jana income bersama Shaklee, Whatsapp atau email saya. Inshaallah saya bantu anda capai apa yang anda mahu asalkan anda mahu bermula dan konsisten berusaha. Whatsapp saya segera dan mula kan langkah pertama anda segera!
Salam sayang,