Merawat eczema kanak-kanak secara semulajadi!

Salam semua..kali ni saya nak cite sket bab eczema pada kanak2..selalu bab org dewasa..skrg nak cite cam ne nak buat kalau si kecil kite di serang eczema wpon umo blom pon capai usia 5 tahun..sebelom kite tau mcm mana nak merawat eczema di kalangan kanak2 ni, apa kata kite kupas dan cite sket further pasal eczema dan punca2 allergy itu sendiri yang saya petik dr blog cik pau..

Asas alergi makanan
 Adakah anak saya berisiko mengalami alergi makanan?
Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibataqsi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:
Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah satu ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?
Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibody yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)

Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.
Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
Mari kita meneliti usus kita. Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga member perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:Cara kelahiran:Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan.Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.
Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)

TRIVIA:Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology



Manakala utk testimoni dan cara merawat eczema, saya kongsikan pengalaman kak N..bagaimana dia merawat eczema anak2nya... jom baca jom..

Ekzema bukanlah satu perkataan yang asing terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang mempunyai masalah kesihatan ini. Ekzema dikatakan penyakit keturunan. Namun ramai yang tidak sedar bagaimana mereka boleh mendapat penyakit ini.
Melalui fahaman ibu dari ilmu yang diberikan oleh doctor Haizam,

Penyakit

1. resdung
2. alergik
3. ekzema
4. gegata
5. Ashma.....


Lima penyakit ini dikenali sebagai penyakit 5 serangkai. Apa yang dimaksudkan pula dengan 5 serangkai?
Ia bermaksud, sekiranya individu A mempunyai masalah mengidap resdung dan berkahwin dengan individu B yang mempunyai masalah ashma, anak mereka mempunyai kebarangkalian untuk mendapat salah satu atau mana-mana dari lima penyakit dalam 5 serangai ini.


Maka dalam kes ibu yang mempunyai masalah alergik , anak2 ibu Addin dan Nasa ibu dapati kalian mempunyai masalah eczema dan gegata.
Mereka ini sangat sensitif pada:

-perubahan cuaca,
-tekanan emosi,
-hama,
-alahan terhadap sesetengah makanan atau
-perubahan cuaca yang cukup ketara.

Namun ibu yakin ianya boleh sembuh sepertimana yang ibu lalui sekarang. Jika dahulu, ibu tidak boleh langsung makan apa jua juadah yang dimasak oleh mak ibu dalam bentuk seafood, mulalah kaki berkudis dan bernanah. Tapi kini alhamdulillah, sudah berubah dan ibu tiada masalah untuk makan segala macam makanan laut termasuklah umai :).
Ibu yakin ianya boleh sembuh dengan pengambilan makanan yang betul dan beberapa keperluan lain yang perlu dititikberatkan.

Apakah makanan yang membantu mengurangkan keradangan ekzema dan waktu yang sama menyembuhkan?
  • Melalui pembacaan ibu selama 10 tahun dalam bidang supplement, mereka yang berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Bagaimana pula nak dapatkan sel yang sihat dan mampu menyerap semua nutrien yang kita perolehi dari makanan harian?
    • Pengambilan makanan yang seimbang sangat membantu. Protien sangat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protien yang bagus adalah bersandarkan protien dari tumbuh-tumbuhan berbanding dengan protien haiwan. Ini kerana protien haiwan sangat tinggi dan berat untuk di proses oleh tubuh.
    • Ini juga melalui pengalaman ibu sendiri apabila ibu dapati seafood seperti udang, kerang, ketam adalah makanan yang mempunyai kandungan protien yang sangat tinggi dan boleh mengganggu sistem pertahanan badan ibu yang mempunyai masalah alergik.
    • Ibu dapati sejak ibu mula mengambil ESP sebagai makanan tambahan pada tahun 2001 dulu, kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat dah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kaki ibu yang mudah berkudis apabila makanan laut pun sudah banyak berubah dan tidak menunjukkan kesan seperti sebelum consume ESP.
      • Ibu membuat kesimpulan bahawa ESP Shaklee banyak membantu tubuh ibu menghasilkan sel yang sihat.
    • Begitu juga dengan keadaan Addin dan Nasa yang mempunyai masalah gegata dan ekzema.
    • Ibu akan pastikan mereka ini minum Energizing Soy Protien (ESP) dengan bancuhan Performance Drink (PD) untuk 1-3 kali sehari dengan bancuhan yang moderate iaitu tidak terlalu pekat mahupun tidak terlalu tawar.
    • ESP sangat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami, alhamdulillah.
  • Sepanjang penyusuan dulu mereka tidak pernah mempunyai masalah ini kerana ibu memastikan akan minum ESP 2-3 kali sehari demi memastikan susuibu cukup bernutrisi untuk mereka. Penyakit ini mula nampak apabila mereka sudah mula mengambil susu formula. Ini ketara protien yang terdapat dalam susu formula adalah bersandarkan protien haiwan. Apabila mereka kurang mengambil susu formula, simpton penyakit mereka juga berkurang dengan nyata.
  • Memang tidak dinafikan mereka sensitif dengan protien haiwan seperti telur ayam, udang, ketam dan apa jua makanan laut yang berprotien tinggi kecuali ikan. Mereka juga cerewet dalam memilih makanan seharian. Ibu sendiri tidak akan memasak kepada sesuatu yang boleh mengganggu taraf kesihatan mereka.
    • Ibu juga memastikan mereka mandi dengan sabun yang boleh memberi kelembapan kepada kulit mereka. Mereka tidak boleh menggunakan sebarang sabun mandi dikhuatiri akan menyebabkan kulit mereka kering seterusnya mengakibatkan kegatalan.
  • Ibu akan memastikan mereka ini minum air masak setiap hari. Bukan mudah untuk melaksanakannya. Ibu dan abah mencari alternatif agar mereka suka minum air masak dimana antaranya ialah dengan membeli air mineral dalam botol yang unik serta mempunyai daya tarikan untuk mereka minum.
  • Menyediakan supplement agar badan mereka dapat menghasilkan sel yang sihat. Antara supplement yang ibu perkenalkan kepada mereka ialah :

Abang Addin

Meal Shake

Energizing Soy Protien (ESP)
Performance Drink, PD
Vitalea chew
Vitamin C chew (100mg)
Omega Guard (penting untuk DHA)

Nasa
Meal Shake
Energizing Soy Protien (ESP)
Performance Drink, PD

Omega Guard (penting untuk DHA)

Alhamdulillah setakat ini ibu sentiasa memantau keadaan mereka. Pengambilan supplement sangat membantu.l

Harapnya...entry dari Kak N ni dapat menjawab persoalan ibu2 di luar sana....mencegah lebih baik dari merawat..dan eczema harus di cegah dari akar umbi agar masalah ini tak kan merebak lebih teruk seterusnya menimbulkan rasa ketidakselesaan pada si kecil kita lebih2 lg bila mereka sudah mula bersekolah.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut utk mendapatkan set ini pada harga istimewa, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284. Pembelian akan saya sertakan sekali dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.


I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in