Susu ibu cukup utk si kembar

salam..selamat pg..saya nak kongsi pasal satu berita yg saya baca dlm utusan ari ahad lepas..pasal penyusuan utk si kembar..soalan yg ditanya oleh pembaca yang memerlukan pandangan dari pakar laktasi tentang situasinya yg akan melahirkan bayi kembar dan panduan yg diperlukan bg menjayakan penyusuan eksklusif utk si kembar..berita ini saya petik di sini..



Soalan:

SAYA bakal melahirkan anak kembar tidak lama lagi. Saya berazam memberikan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi-bayi saya. Bolehkah doktor berikan panduan terbaik untuk menyusukan anak kembar nanti. Memandangkan saya seorang ibu yang bekerja, sekurang-kurangnya saya mahu melakukannya secara eksklusif selama enam bulan.
- Su, Johor.

Jawapan:

Puan Su, nampaknya anda akan mendapat rezeki berganda. Jaga kesihatan diri dan juga bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan) berkala mengikut yang dijadualkan. Harap Puan dapat mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan terutamanya penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persedian minda dan mental, manakala untuk persediaan fizikal anda perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein. Justeru itu, Puan hendaklah juga sentiasa menjaga kesihatan puting payu dara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut dan menarik puting semoga ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Cabaran

Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup". Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua- duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah. 

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apa yg dpt saya simpulkan di sini, sama ada anda mempunyai anak kembar atau tidak, kunci kepada kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada :

1) niat dan azam yg kuat utk menyusukan bayi anda..bila dah berniat dan berazam yg kuat, insyaallah apa jua dugaan yg dtg, kite boleh atasi..Niat merupakan lambang kepada setiap perbuatan. Niat menentukan matlamat dan tujuan. Kehidupan tanpa arah tujuan dan matlamat umpama mengejar bayang-bayang. Niat sahaja menambah pahala. Suatu amalan hanya dengan Niat sahaja dapat pahala. Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu adalah bermula dengan niat. Dan Sesungguhnya setiap manusia menerima (pahala amalnya) mengikut apa yang diniatkannya…”  Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. jadi, penting utk kite tetapkan niat kite dr awal seelok2nya masa preggy lg dah niat nak bf exclusive baby..insyaallah, allah akan permudahkan dan mendorong diri kiteke arah yg kite niatkan itu..


2) berdoa yg tak putus2.. Doa itu senjata org mukmin..pernah dgr kan?dgn doa juga anda mampu mengubah masa hadapan..insyaallah..ibu2 di luar sana juga, rajin2 amalkan doa ini ye..

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
  
3) amalkan pemakanan yg seimbang..Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.
4) Amalkan tips2 yg boleh menambahkan kuantiti dan kualiti susu ibu..saya dah share dlm entry sebelum ini berhubung tips dan petua bykkan susu ibu..but below saya listkan quick tips ye..
Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.


Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.



(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.


(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih
, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang , betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.


 
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.
 
 
anda ade sebarang pertanyaan??jom hubungi saya
 
 
 
 
 
 
Nabiha Yunos (beeha yunos)
ID : 858049
sms / whatsapp : 012-7142284
email : bee4211@yahoo.com

 
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in