Panduan Pemakanan yg Sihat utk Ibu Hamil..Hanya yg terbaik utk bakal si manja!


 

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. 

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Ringkasnya, makanan semasa hamil perlu merangkumi  :
(credit to genki-momma)

Protin : perlu utk pembentukan jaringan baru anggota tubuh janin, seperti jaringan otot, kulit, rambut dan kuku, serta utk persediaan ibu menghadapi saat bersalin dan seterusnya dalam fasa penyusuan bayi pula. Protin boleh diperolehi dari daging, tahu, tempe, keju, ikan, bijiran dan telor. 

Kalsium : Perlu utk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. jika janin tidak mempunyai zat ini dari sumber makanan, ia akan memperolehinya dari tulang si ibu..untuk mengatasi masalah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari, ibu hamil perlu mendapatkannya dari susu, bijiran dan sayuran.

Zat Besi : perlu utk penambahan darah, supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah terutama ketika bersalin nanti.

Tambahan Vitamin : Vitamin diperlukan untuk melancarkan darah di dalam badan ibu hamil. Vitamin A terdapat dalam makanan kuning telor, susu, hati, sayuran serta buah-buahan yang berwarna hijau serta kuning kemerahan . Vitamin B Compleks terdapat dalam kekacang dan Vitamin C pula terdapat dalam sayuran dan buahan..

Tambahan Kalori : Makanan yg tinggi lemak, gula dan karbohidrat banyak diperolehi dari nasi, mee atau roti.

Walaubagaimanapon, di akhir kehamilan ketika di Trismeter ke-3, makanan ini tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak kerana nilai zatnya yg rendah dan hendaklah dikurangkan terutama makanan yang mempunyai banyak kandungan karbohidrat, lemak dan gula kerana hanya akan menggemukkan si ibu!

jika anda merasa sukar utk mendapatkan makanan yang cukup zat utk bayi dalam kandungan dan utk anda, terutamanya zat yang banyak musnah dalam proses masakan, anda boleh mendapatkan secara supplement yg semestinya natural dan bukan sintetik...supplement pilihan saya, semestinya Shaklee..Shaklee menyediakan supplement yang lengkap untuk keperluan protin, kalsium, zat besi, vitamin asas yang lain yang penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan supaya kekal sihat :)

apa pon makanan yg anda ambil, pastikan ianya sentiasa memberikan khasiat yg cukup utk zat anda dan bayi dalam kandungan..sememangnya ibu sentiasa akan memberikan hanya yang terbaik utk anak yg bakal lahir..jaga diri, jaga kandungan..semoga anda, dan janin anda sentiasa selamat dan mudah2an selamat dan dipermudahkan proses kelahiran nanti..insyaAllah..

sampai jumpa lg..daaaa..




Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284 atau email ke bee4211@yahoo.com atau PM saya di <Beeha Yunos>

 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in