Tips menjayakan penyusuan ibu sehingga 2 tahun..all mommies can do this!

salam..arini saya nak tulis sedikit tips utk para ibu yang masih dalam perjuangan penyusuan bayi..sama ada anda exclusively breastfeed atau dah campur fm but still bf baby, semuanya inginkan dan berazam nak breastfeed for 2 year kan...for your child good and as for you too, mommies :) saya kongsikan article dan tips dari blog kak N..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera.

Banyak komen yang positif saban hari ibu terima dari customer yang membeli trial pack terutama set B. Antara ayat mesej yang ibu terima,

"alhamdulillah, saya rasa segar badan tak letih bila balik rumah, susu nampak pekat sangat walaupun belum ada peningkatan dan anak saya minum tak banyak seperti dulu, dia cepat burp...bila cepat kenyang , saya senang buat stok".... Aina, Kedah.

Semalam dalam tengahari ibu menerima mesej dari Ina, Penang. "Kak, alhamdulillah ada peningkatan dari 2oz kepada 4 oz yang sangat pekat, syukur rezeki Amna dan Anis"

Ina mempunyai dua anak kembar yang berusia satu tahun lebih.... beliau menceritakan kepada ibu sebelum ini susunya cair walaupun telah mengambil supplement dari brand XXX dan sangat berbeza apabila beliau membuat keputusan mengamalkan pengambilan makanan tambahan Shaklee yang ibu syorkan. Apa yang si ibu akan dapat lalui apabila pengambilan vitamin melalui trial pack?

1. Warna susuibu akan berubah kekuningan atau warna kehijauan. Ianya kesan pengambilan alfalfa dan b complex. Ianya selamat dan INI SEBAGAI TANDA SI IBU PERLU BANYAK AIR.

2. Susuibu akan sangat pekat. Ini kerana pengambilan vitamin akan meningkatkan kandungan nutrisi di dalam susuibu.

3. Si ibu akan segar, tidak mudah letih dan kuat semangat nak meneruskan penyusuan. Sebab vitamin B lengkap dan vitamin C membantu menstabilkan emosi si ibu.

4. Susu mudah terhasil jika pengambilan makanan seharian teratur.


Namun perlu diingatkan cara untuk meningkatkan penghasilan susuibu ialah:

1. Sesi perahan yang konsisten. Jangan memandang ringan untuk mengepam. Inilah yang membantu meningkatkan penghasilan susuibu.

2. Pengambilan air yang banyak. Indicator paling mudah, pastikan warna urin adalah kuning cair bukan kuning pekat.

3. Zikir dan doa serta amalan murah rezeki seperti membaca surah Al Waqiah selalu.

4. Menjaga pemakanan, pengambilan supplement membantu memenuhi ruang kekosongan zat dalam tubuh badan.

5. Istiqamah....inilah yang selalu kita lupa. Istiqamah bermaksud, biar sedikit namun berterusan. Jika anda merasakan pengambilan alfalfa 2 biji tidak menampakkan kesan, cuba amalkan 6 biji sehari iaitu 2 pagi, 2 tengahari dan 2 malam.

Pastikan pengambilan adalah selepas makan dan air adalah banyak. Mengapa set B hanya didatangkan dengan pengambilan 2 biji sehari (alfalfa)? Ini kerana setiap badan ibu TIDAK SAMA. Rata-rata ibu yang membeli trial pack set B mendapat peningkatan susu walau dengan hanya 2 biji alfalfa as milk booster. Bagi yang tidak merasakan perbezaan penghasilan susuibu, barulah ibu mencadangkan pengambilan 6 biji sehari dengan cara yang ibu nyatakan di atas. Namun bagi ibu yang mengamalkan 6 biji sehari ibu sentiasa mengingatkan agar mengepam dengan konsisten sebelum bengkak susu berlaku dan ini akan menyukarkan untuk susuibu untuk mengepam dengan lancar. Bagi ibu2 yang menyusu anak diluar sana...teruskan usaha murni mu kerana pahala besar sentiasa menanti berkat kesabaranmu. Sesungguhnya jangan berkira untuk mengeluarkan duit memberi yang terbaik buat dirimu dan si kecil....duit boleh dicari, penyusuan disarankan hanya untuk dua tahun. Buatlah yang terbaik agar kita tidak terkilan dikemudian hari.

Ada email yang ibu terima bertanyakan bagaimana hendak berjaya dalam bf terutama mereka yang mempunyai target menyusukan anak selama 2 tahun...maka ini dapat ibu simpulkan hasil dari beberapa testimoni dan kajian yang ibu jalankan sendiri:

1. Menjaga pemakanan, susu yang dihasilkan merupakan hasil dari apa yang kita makan. Maka untuk menghasilkan kualiti susu pengambilan vitamin tidak boleh dipandang remeh. Ianya penting agar badan si ibu tidak mudah letih walau seharian bekerja ataupun bagi ibu yang tidak bekerja seperti ibu perlu vitamin bagi memastikan badan kita mendapat zat yang cukup. Ini kerana apabila si ibu itu mula letih dan tidak melakukan apa2 untuk mengatasi keletihan itu maka semakin lama si ibu ini pasti merasakan pengeluaran susu yang makin berkurang disebabkan badan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam keadaan keletihan.

2. Banyakkan minum air...ini sering ditekankan oleh pakar nutrisi untuk bagi semua ibu yang menyusukan anak kerana susu itu sendiri adalah air maka mana datangnya susu jika bukan dari air yang kita minum? Ada seorang ibu ini merungut kepada ibu mengapa beliau merasakan tiada kesan ke atas tubuhnya walau telah mengambil vitamin. Maka ibu cuba membuat analisis dengan bertanya beberapa soalan asas....berapa banyak puan minum air sehari? "banyak" katanya. Boleh puan anggarkan berapa liter puan minum tanya ibu. Maka dengan yakin beliau menjawab," banyak saya minum iaitu 8 gelas sehari dan inipun jenuh hendak ke tandas membuang air kecil" ...Tersenyum ibu mendengar jawapannya. Sebagai ibu yang menyusukan anak, kita perlu minum sekurang2nya 2-3 liter sehari sedangkan ibu minum adakala 6-8 liter sehari pun doktor kata ibu tak cukup air. Ibu monitor pengambilan air dengan menyimpan air dalam beberapa botol air 2liter dan akan memastikan ibu minum sekurang2 3 botol sehari, alhamdulillah it works. Air ini penting kerana dengan banyak air, hati kita tenang, tidak mudah stress, tidak mudah melatah dengan menyalahkan perkara yang tida patut disalahkan...

3. Pengambilan booster sangat digalakkan namun perlu diingat beberapa perkara... booster atau kata lain pemangkin memerlukan asasnya. Apa yang dimaksudkan dengan asas?
Makan yang lengkap dan sempurna beserta air yang banyak barulah mendapat kesan yang betul dari pemangkin. Contoh pemangkin ialah alfalfa dan halba. Ibu dah pernah mengambil kedua2 ini dan kesannya ke atas susu hampir sama namun kesan ke atas anak berlainan sedikit. Berbuka dengan bubur lambuk yang mengandungi halba membuatkan Nasa mengalami cirit birit kerana halba adalah sedikit panas berbanding dengan alfalfa. Sepanjang berpuasa, mereka yang mengambil halba sebenarnya akan mengalami penghidratan yang lebih tinggi kerana sifat halba itu sendiri, sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran susuibu. Berbeza dengan alfalfa, ianya dapat menyejukkan panas di dalam badan. Ada rungutan 2 dari 10 orang yang mengambil alfalfa mengatakan alfalfa tidak memberi kesan kepada pengeluaran susuibu...setelah di tanya dan dianalisis di dapati ibu2 ini menyusu anak ibarat melepaskan batuk di tangga. Mengapa ibu berkata demikian? Apabila di tanya kepada seorang ibu muda ini, pengambilan makanannya sangat ringkas... "Saya sarapan roti sekeping, lunch makan nasi tapi separuh pinggan maklum takut gemuk dan dinner saya ambil yang ringkas macam salad, burger McD atau roti. Air pula dalam 2 liter."...Bagaimana badan boleh mendapat khasiat yang cukup dengan diet sebegini? Ibu yang menyusu perlu makan banyak serta minum air yang banyak barulah badan mudah menghasilkan susu. Sebab itu ibu galakkan ibu lain yang menyusu makan sesuatu yang anda suka namun berpada2 juga di samping pengambilan vitamin agar makanan yang diambil dikhuatiri menjadi lemak tambahan kepada tubuh sehingga ibu itu boleh gemuk.

4. Kerapkan ke tandas untuk perkumuhan tubuh yang sihat. Pengambilan air yang banyak namun bilangan kekerapan ke tandas yang tidak selari dengan pengambilan air boleh mengakibatkan badan mengalami water retention. Apabila ini berlaku, seseorang itu dikatakan mempunyai risiko masalah buah pinggang atau kidney failure dan ini sangat bahaya untuk jangka hidup yang panjang.

5. Sabar, tabah dan istiqamah sangat penting dalam menentukan sesuatu kejayaan. Usaha tidak lengkap tanpa doa. Meningkatkan sesi mengepam sangat digalakkan dengan iringan doa, zikir dan selawat sambil mengepam dan sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah atas setiap titisan susu yang keluar kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa menambahkan nikmat dan rezeki kepada mereka yang bersyukur. Oh ya, ingin juga ibu kongsikan sesuatu yang ibu dapat dari hasil kajian ibu ke atas kes2 penyusuan , ibu yang mudah putus asa, cepat mengeluh, mudah tension atau stress terdiri daripada ibu2 yang kurang vitamin B Complex dalam tubuh mereka. Apabila ini terjadi mereka ini mudah melatah dalam perkara2 remeh sehinggakan dugaan kecil dari persekitaran menjadi satu isu besar...akhirnya ibu2 yang kurang vitamin B Complex ini mengambil langkah mudah berhentikan penyusuan susuibu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berapa banyak pon dugaan dan cabaran yang anda tempuh dalam proses menjayakan penyusuan ibu, anda sebenarnya seorang yang hebat, yang mampu bertahan demi kebaikan anak anda..saya doakan usaha anda dalam memperjuangkan penyusuan ibu akan dipermudahkan Allah..sedikit atau banyak mana yang anda perolehi dalam perjuangan ini, jangan sesekali anda mengeluh kerana itu adalah rezeki utknya..ada antara ibu-ibu di luar yang langsung tak dapat menyusukan anak mereka sendiri walau setitik pon..akhir kata, jaga pemakanan, jaga emosi, dan enjoy your breastfeeding moments ye..lebih banyak tips penyusuan susu ibu di sini


sampai bertemu lagi, insyaAllah..dan selamat bekerja dan berhujung minggu..

 
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284 atau email ke bee4211@yahoo.com atau PM saya di <Beeha Yunos>
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in