entry kali ni berkaitan sgt2 dgn entry lepass..ingt tak??haaa..semestinya tentang set penjagaan rambut - ProSante kan..kali ni saya nak story lebih details lg tentang rambut gugur..punca..sebab..dan rawatan yang bole kita ambik dalam merawat rambut gugur..saya ingat lagi pas bersalinkan Wiya doluuu..saya memang mengalami masalah rambut gugur yang amat teruk..sampai saya takot nak cuci rambut..nak sikat rambut lagi laaa takot..sebabnya, rambut terlampau banyak luruh..saya amat percaya hampir 90% wanita mengalami masalah yang sama..anda jgn takot ye..sebab anda bukan berseorangan..jom saya bawa anda fakta tentang rambut gugur..
Antara punca-punca keguguran rambut yg serius ialah (credit to mama cery - info : blog Aula,sumber :link ini )
1) Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin: Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.
2) Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian: Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal. Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
3) Stress: Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari Rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
4) Penyakit Tiroid : Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
5) Ubat-ubatan dan rawatan kanser : Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
- Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
- Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
- Kurang vitamin seperti zinc dan protein
- Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?
- Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
- Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
- Minum air masak or mineral secukupnya
- Tidur dan rehat yang cukup dan jauhi stress
- Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 dan set syampoo yg bagus utk kesihatan rambut)
itu antara sebab dan punca nya..testimoni?nnti sat naaa..nnti saya compile sume testimoni berkenaan rambut gugur ni ok :) nnti kita jumpa di lain entry k, insyaAllah..
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284 atau email ke bee4211@yahoo.com atau PM saya di <Beeha Yunos>
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.