Asthma dan bronchitist di kalangan kanak-kanak

salam..alhamdulillah, masih bertemu lg kite..sejak seminggu dua ni saya sering di ajukan soalan tentang supplement kanak-kanak..selain ibu2 yg nak kelihatan cantik dan gojezz di mata en suami, sekarang kesedaran ibu2 tentang keperluan supplement tambahan utk anak2 juga kian meningkat..alhamdulillah..saya sgt suke sbb sepatutnye pencegahan di buat seawal usia kanak-kanak sebelom sesuatu penyakit berjangkit dan menular dgn lebih teruk dan akhirnya lambat dan sukar utk sembuh..dan topic utk saya kupas hari ni adalah berkaitan dgn asthma atau bahasa biasa kite panggil semput atau bronchitis..saya juga merupakan penhidap asthma dari kecil melalui faktor keturunan..dan bila ade asthma, mostly u will get eczema and some of resdung too..dan bila kite terlalu bergantungan dgn ubat sahaja tanpa ikhtiar lain, mahukah kite melihat si kecil kite pon mengalami yg sama?hanya bergantung pada ubat2 yg tentunya mengandungi steroid?tentu tidak lebih2 lg si kecil yg masih terlalu halus utk kite biasakan dgn steroid.


tapi tahukah anda apa itu asthma?ape tu semput?apa tu bronchitis?? Anda pernah dengar seseorang merungut sesak nafas kerana asma? Atau ternampak seseorang menggunakan ubat sedut (inhaler) untuk membolehkannya bernafas? Meskipun asma bukan sejenis penyakit luar biasa, ia masih merupakan misteri dalam dunia perubatan moden. Kanak-kanak boleh mendapat asma jika seorang anggota keluarga menghidapnya kerana ia adalah penyakit keturunan yang diwarisi dalam keluarga. Kemungkinan setiap kanak-kanak mendapat asma adalah 6%, tetapi meningkat kepada 30% jika salah seorang ibu atau bapa menghidapnya dan kepada 70% jika kedua-dua ibu dan bapa menghidapinya.

Umumnya, asma adalah satu keadaan yang berlaku apabila saluran udara ke peparu mengecil atau tersumbat, mengakibatkan gejala seperti batuk, berdehit, pendek nafas dan sesak dada. Pesakit yang menghidap asma sering menyamakan serangan asma seperti bernafas melalui penyedut minuman dalam mulut sambil menutup hidung!



Batuk Pagi, Malam Tanda Asma

BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak. Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam. Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi. 

Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. ”Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat. ”Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi. “Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit,” terangnya lagi.

Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak. Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut. ”Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.

“Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. ”Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya,” terangnya. Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut.

Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya. Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

 

 

Adakah si manja anda menghidap asma?

Melihat anak tiba-tiba tercungap-cungap untuk bernafas boleh menjadi pengalaman menakutkan bagi ibu bapa, kerana kanakkanak lebih mudah mendapat asma dengan saluran udara yang lebih sempit daripada orang dewasa. Semua serangan asma memerlukan perhatian segera dan rawatan perubatan, tetapi ibu bapa boleh mengenali tanda amaran awal serangan, seperti:

  • Batuk. Ada kalanya, batuk adalah satu-satunya gejala serangan asma. Jika anak anda kerap batuk, terutama sekali pada waktu malam dan tidak menghidap punca penyakit lain, ini mungkin menandakan dia akan diserang asma. Tambahan pula, jika dia batuk yang berterusan selama 2 minggu atau lebih, tanpa sebab yang nyata, besar kemungkinan dia menghidap asma.
  • Sukar bernafas. Jika anak anda sukar bernafas, tekap telinga anda ke dadanya dan dengar dengan teliti. Bunyi dalam dadanya mungkin menandakan serangan asma. Dengarkan sebarang bunyi berdehit, bunyi nafas yang kuat dan cepat, dan perhatikan sama ada si manja bernafas dengan hidung kembang, atau jika dia kerap cuba mendeham. Kanak-kanak asma juga sering berdehit apabila bernafas secara normal.
  • Sentiasa perhatikan. Pastikan jika anak anda menunjukkan gejala fizikal lain seperti muntah, berpeluh dan kulit pucat yang boleh menandakan serangan asma. Dia juga mungkin mengadu rasa sesak atau tidak selesa dalam dada.

 

Pencetus asma

Kebanyakan penghidap kanak-kanak yang mewarisi asma daripada anggota keluarganya. Bagaimanapun, ada juga mereka diserang asma disebabkan pendedahan faktor persekitaran (asma atopik). Pencetus serangan asma mungkin berbeza antara individu, dan ia adalah penting bagi anda mengetahui apa pencetus asma anak anda.

Bagi sesetengah kanak-kanak, gejala asma mereka menjadi lebih buruk apabila menyedut pencetus seperti asap rokok, bau atau udara tercemar, wap cat dan semburan aerosol. Bahan ini mudah merengsakan bahagian atas saluran pernafasan dan tisu peparu, menyebabkan kanak-kanak berdehit, batuk, dan hidung atau mata berair. Ada kalanya asma boleh dicetuskan oleh cuaca; pendedahan kepada udara sejuk atau udara terlalu panas boleh menyebabkan anak anda diserang asma.

Awas!
Antara pencetus dalam rumah yang boleh mencetuskan serangan asma termasuk:

  • Bulu binatang peliharaan, bulu burung, sisik/kelemumur, air kencing atau air liur bintang peliharaan.
  • Hama debu dalam rumah.
  • Kulat dan spora.
  • Tahi lipas, bangkai lipas.
  • Asap tembakau.
  • Minyak wangi, semburan rambut, losen wangi.
  • Bahan pencuci, racun serangga, wap cat.



Terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan serangan asma, antaranya debu binatang dan habuk. Pendedahan berterusan menyebabkan gejala seperti nafas berdehit, batuk dan pendek nafas, menjadi lebih teruk, bukan menyahpekakan anak anda kepadanya. Mencegah kemasukan binatang peliharaan kesayangan daripada memasuki bilik tidur dan ruang lain dalam rumah, kerap memandikannya dan juga kerap memvakum permaidani dan membersihkan perabot boleh membantu melegakan gejala ini.

 

 

Elakkan perengsa!

Cara terbaik untuk membantu kanak-kanak asma ialah dengan mengelakkan pencetus perengsa. Tetapi kadang-kadang pencetus ini – seperti kucing, udara sejuk atau debunga – tidak boleh dielakkan dan ubat diperlukan untuk menguruskannya. Dalam kes ringan, tanda asma di waktu siang adalah kurang daripada sekali semingggu dan gejala di waktu malam adalah kurang daripada dua kali sebulan dan kanak–kanak ini sihat di waktu lain, mereka hanya perlu mengambil ubat asma hanya apabila mendapat serangan. Ubat penyelamat atau pelega ini (bronkodilator seperti agonis beta tindakan singkat (SABA) dan antikolinergik) bertindak cepat untuk membuka saluran udara bagi membolehkan si manja bernafas.
Kanak–kanak yang hanya mengalami tanda asma di waktu siang lebih dari sekali seminggu, tanda malam lebih dari dua kali sebulan, dan mengalami serangan yang menganggu tidur dan aktiviti, mereka memerlukan ubat pencegah sedutan corticosteroids setiap hari. Sekiranya masih tidak terkawal, ubat sedutan pengawal ditambah iaitu agonis beta tindakan lama (LABA atau anti leukotriene). Kanak-kanak perlu dipantau oleh doktor dari masa ke masa secara berkala.

Ubat asma yang paling kerap digunakan selalunya disembur melalui alat penyedut atau inhaler, ditekup pada mulut dan ditekan untuk melepaskan kabut ke dalam peparu apabila disedut. Kanak-kanak tidak digalakkan menggunakan ubat sedutan melalui teknik ini kerana ia memerlukan kordinasi. Mereka memerlukan alat corong dengan face mask atau mouth piece. Ubat ini mengembangkan saluran udara, untuk memudahkan kanak-kanak bernafas. Ubat sedut lebih digemari berbanding ubat makan, kerana ubat yang disedut boleh sampai terus ke peparu, meninggalkan sedikit, atau tiada kesan sampingan.

Cegah serangan

Ubat memainkan peranan penting dalam pengurusan asma; namun, cara terbaik untuk mengawal asma adalah pencegahan serangan. Anda boleh mengambil langkah berikut untuk memastikan persekitaran si manja bebas daripada pencetus serangan asma.

  • Sentiasa pastikan rumah anda bersih daripada habuk atau bulu binatang peliharaan dengan memvakum permaidani dan tikar yang dibentangkan dalam rumah. Hindarkan hama debu – cuci cadar dan langsir dengan kerap, rendam dengan air panas terlebih dahulu sebelum membasuh. Jangan benarkan binatang peliharaan masuk ke dalam bilik tertentu dan pastikan binatang kesayangan anda dimandikan selalu untuk mengurangkan sisik/kelemumur.
  • Jika cuaca atau pencemaran udara mencetuskan asma, anda mungkin perlu memastikan si manja anda bermain dalam rumah apabila cuaca buruk atau udara tercemar.
  • Dengan apa cara sekalipun, jangan benarkan sesiapa merokok dalam rumah! Asap rokok tidak baik untuk peparu, walaupun bagi individu normal, dan boleh memburukkan gejala di kalangan mereka yang menghidap asma. Elakkan anak anda dari asap rokok di dalam atau di luar rumah!

Bukan mudah bagi seisi keluarga jika anak anda menghidap asma. Dengan penjagaan dan pengurusan yang betul, keluarga anda boleh hidup dalam keadaan yang hampir normal. Ramai kanak-kanak sembuh sepenuhnya daripada asma atau kurang mengalami serangan apabila mereka besar. Doktor percaya, apabila kanak-kanak membesar, saluran udara mereka akan membesar dan memudahkan lagi udara keluar dan masuk, mengurangkan kekerapan mereka mendapat serangan. Jangan anggap asma sebagai masalah ringan, dan sentiasa pastikan anda mempunyai simpanan ubat di rumah. Asma yang tidak dikawal boleh menyebabkan serangan lebih teruk, dan seterusnya boleh membawa maut jika tidak segera diberi rawatan kecemasan.



Bantu si manja anda mengawal asmanya
Menghidap asma tidak bermakna si manja anda tidak boleh mengecap nikmat hidup seperti kanak-kanak normal. Dengan pengurusan dan kawalan yang betul, anak anda masih boleh melakukan perkara yang digemarinya, seperti bermain bola sepak atau badminton.
  • Ambil ubat mengawal asma secara tetap, sungguhpun anak anda tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit dan si manja merasa sihat. Pastikan ubat pelega sentiasa mudah dicapai.
  • Kenal pasti apa yang boleh mencetuskan serangan asma si manja dan elakkan pendedahan kepadanya.
  • Jaga kebersihan – basuh cadar, sarung bantal dan selimut dengan kerap, dan selalu bersihkan perabot dan permaidani.
  • Ikut jadual rawatan si manja anda untuk mengelakkan serangan asma, ia boleh menyelamatkan nyawa.
  • Ambil makanan tambahan yang bole membantu menguatkan antibodi badan si manja setersnya mmpu meminimakan serangan asma itu sendiri malah pengambilan pemakanan tambahan mampu bantu si manja kekal aktif dan sihat.


Kebanyakan kematian akibat asma boleh dielakkan dan boleh dicegah dengan kawalan yang betul. Asma adalah penyakit kronik sepanjang hayat yang tidak boleh diabaikan walaupun tiada gejala atau si manja anda rasa sihat. Fahami asma dan gejalanya, ketahui apa yang boleh mencetuskan serangan asma si manja anda dan dapatkan nasihat doktor sebelum menukar pelan rawatan.

itu fakta yg saya ambil dan cedok tentang asthma, gejala dan rawatan..mmg betul pesakit asthma akan selalu bergantung kepada inaler, tp dengan pengambilan makanan tambahan yg betul, insyaallah pemakaian inhaler atau ventolin atau nebulizer dpt di minima kan dan dpt bantu si manja kite kekal aktif dan ceria..dan bagi ibu2 yg anak2 mereka masih di awal peringkat asthma atau bronchitist, seharusnya anda juga mengambil langkah awal supaya tanda2 awal asthma atau bronchitist dpt dielakkan dan disembuhkan..sbb mcm yg saya ckp sebelum ni..batuk berpanjangan boleh membawa kepada bronchitist dan bole merebak menjadi asthma dan menular kepada masalah kulit seperti eczema dan lain2nya..
akhir kata, mohon lah pd yg ESA supaya apa jua ikhtiar kite dlm menangani penyakit si manja, di permudahkan Allah dan mohonlah pd Allah agar Allah izinkan apa yg kite beri pd anak kite menjadi penawar bg sebarang penyakit si kecil..kerana, yg menyembuhkan hanya lah DIA..


Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut utk mendapatkan supplement Shaklee yg sesuai utk si kecil anda yg mempunyai masalah kesihatan seperti asthma atau bronchitis atau apa sahaja pada harga istimewa, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284. Pembelian akan saya sertakan sekali dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in