Pentingnya pengambilan Omega utk anda dan si kecil anda dlm diet seharian..ketahui Kepentingan DHA dan EPA yg anda perlu tahu..

salam..arini saya nak kongsi satu info yg menarik yg saya jumpa masa blog-walking..info ni pasal kepentingan Omega 3 DHA dan EPA dlm diet seharian terutama bg preggy mommies, anak2 dan semua org secara amnya..so satu hari ni mmg saya byk cari maklumat ttg kepentingan Omega, DHA dan EPA...these are very important info tau..sbb sebelom ni saya rasa saya hanya tahu kepentingan Omega masa preggy aje (ceteknya ilmu saya) dan saya sgt2 suke bila tahu yg Omega Guard Shaklee yg saya belikan utk si kecil Wiya saya ade cukup bekalkan DHA dan EPA utk tumbesaran otak dan badan nya (dan saya boleh makan sama utk bykk benefit lain)..DHA??EPA??ape tu??jom baca apa tu DHA dan EPA yg penting sgt tu.. (credit to B.N.C)


Omega 3 DHA dan EPA adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi.  Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai  asid lemak jenis ini. Kebiasaannya DHA dan EPA di dapati dari  minyak ikan.
Dr. Bruce Holub

Menurut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh Dr. Bruce Holub iaitu Professor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental)  untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA  yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung (cardiovascular disease) dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung.


Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan


Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan.  DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA  setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B).  Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.


Wanita mengandung

DHA yang perlu diambil oleh wanita mengandung haruslah mencukupi untuk menampung keperluan dirinya dan juga bayi yang dikandung.     - 1500 mg sehari.

Untuk orang dewasa yang sihat - 650 mg sehari


Untuk pesakit coronary jantung - 900 mg sehari
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Sungguh pun terdapat ibu bapa yang menghadkan pengambilan lemak di dalam pemakanan anak-anak mereka, namun terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.


Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal. 


Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.


Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
I. Sistem imun badan – yang penting terutamanya di dalam tindak balas alergik.
II. Sistem pencernaan – mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
III. Membaik pulih sel – terutama di dalam pembentukan sel-sel baru.
IV. Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia kekal pada tahap yang normal.
V. Tekanan bendalir – terutama pada bahagian mata dan telinga.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega – 3 di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. 

Namun hal ini dapat di tingkatkan dengan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA atau mengambil pemakanan seperti: 

1. Minyak soya.
2. Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
3. Minyak ikan kod.
4. Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega – 3).
5. Kekacang.


Apa yang paling penting adalah setiap ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi memastikan mereka mendapat sumber khasiat yang seimbang demi perkembangan yang optimum.


 


Tahukah anda..shaklee juga ade supplement Omega Guard yg lengkap dgn DHA dan EPA yg amat2 penting utk tumbesaran otak si manja dan tumbesaran si manja dlm kandungan serta sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. jom tgk kandungan DHA dan EPA yg ade dlm Omega Shaklee.

Ingredients: 

EPA 540mg
DHA 360mg ( Omega sebelum ini mengandungi 235mg DHA)
Omega 3 fatty acids 990 mg( dahulu hanya 195mg omega-3 fatty acid)


Haaa..terbukti Omega Guard Shaklee membekalkan cukup DHA dan EPA yg diperlukan tubuh kan..dan yg penting ianya selamat, natural dan sgt digemari ramai..nnti saya akan kongsikan lebih lg kebaikan Omega Guard Shaklee ye..alhamdulillah..pilihan saya tak salah..Shaklee selalunya beri yg terbaik antara yg terbaik..its natural, safe and it works for everyone!

Renung2kan info ini ye..



Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut utk mendapatkan supplement ini pada harga istimewa, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284. Pembelian akan saya sertakan sekali dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix



http://www.beehayunos.com/p/join-me-now.html

Popular Posts

Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in